Monday, September 29, 2008

Coklat mousse brownies


Bahan-bahan ( 18cm )
Brownies
45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
Chocolate Mousse
140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus
Penyediaan Brownies.
- pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
- kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
- ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
- masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
- bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
Penyediaan Mousse.
- masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
- cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
- bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
- pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
- dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
- masukkan Whipping cream dan Gelatine ke dalam Coklat cair. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
- tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
- sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
TIPS: kalau guna loyang 23cm, buat 1 1/2 resipi ni utk elak dr terlalu nipis.

Biskut Kacang



Tak lupa berterima kasih pada suami mama juga, kesian kat dia, balik keje dah kena tolong menyapu biskut dengan kuning telur, juga anak gadis Sara sibuk nak menolong terap biskut...sampai tertidur atas meja!!!!...hahaha... sampai terbawa2 ke dalam tidur u..."..mama buat biskut byk...saper nak dtg...mama.??"

Bahan-Bahannya:

2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder *(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus
1/2 camca teh esen vanilla
1 cawan gula halus
1 kuning telur
Minyak jagung secukupnya (lebih kurang 1 cawan)
Kuning telur, untuk disapu
Kacang tanah untuk hiasan

Cara membuatnya:-

- dalam satu bekas, satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur.gaul hingga semua rata.
- tuang minyak jagung sedikit demi sedikit sambil digaul adunan tadi hingga menjadi doh yang boleh dicanai.
- canai 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.
- bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit.
- bila masak, biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan ke atas jaringan. Biskut agak rapuh masa baru2 dikeluarkan dari oven....

Kuih Goyang/Bunga Ros

Bahan-bahan

600 gram tepung beras
4 cwn santan
2 sudu teh garam
1 biji telur
minyak utk mengoreng
acuan bentuk bunga

Cara-cara

- bancuh kesemua bahan di dalam bekas besar & pastikan ia tidak terlalu cair.
- panaskan minyak di dalam kuali dan rendam acuan di dalam nya.
- angkat dan celupkan kedalam adunan, angkat semula acuan dan gorengkan.
- tanggalkan adunan daripada acuan kedalam kuali(di goyang-goyangkan)
- goreng sehingga kuih garing kekuningan,angkat dan toskan.
- biar betul-betul sejuk baru di simpan dlm bekas kedap udara.

♥Kuih Makmur

Bahan-bahan ( lebih kurang 80 kpg )

Bahan2 doh :-
1 1/2 kilo tepung gandum
250 gram mentega - lembut
1 sudubesar minyak sapi
1 sudukecil garam halus
Bahan2 inti :-
600 gram kacang tanah
250 gram mentega - lembut
400 gram gula serbuk
sedikit garam
*secukup gula kastor atau gula serbuk utk tabur *

Cara-cara

**Cara2 membuat doh :-
- pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan.
- ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dgn inti yg tlh disediakan. bulatkanspt gambar diatas kemudian atur dlm dulang pembakar dan bakar dgn suhu 150C selama 25-30 min. - setelah masak,tabur rata dgn *gula.
**Cara2 membuat inti,haruslah disediakan lebih awal :-
- kacang tanah dibakar dlm oven.Dibuang kulitnya dan dikisar halus.
- kemudian dicampurkan dgn mentega dan gula dan digaul sebati.
- ambil sedikit inti dibulat2kan seperti guli2 kecil dan disimpan didlm petisejuk.
- tujuannye supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dlm adunan doh.

Saturday, September 27, 2008

Cornflake madu

mudah, murah dan menjadi kesukaan kanak-kanak bahkan orang dewasa juga resepi minta from my beloved Auntie! Anak-anak sekali adap sambil tengok TV habis...satu balang...!!!//
Bahan-bahan (dlm 60-70 cwn mini cookies)

250gm cornflakes (kotak kecil)
125gm butter (1/2 buku)
1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
5 sudu makan madu
manik warna warni untuk hiasan(ikut suka)

Cara-cara

- campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter (saya terlebih rajin so masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
- masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu aduk sampai rata
- masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)

Monday, September 22, 2008

Tart Nenas Gebu

Bahan-bahan ( 50 biji )

BAHAN UNTUK DOH TART:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar gula
BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
1 biji nenas muda(besar)
2 ½ senduk gula pasir
sedikit vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan


Cara-cara

CARA MEMBUAT DOH TART:
- pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
- masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
- masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
- panaskan oven.
- ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
- ulangi sehingga habis.

- bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.
CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
- parut nenas dan jangan dibuang airnya.
- masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
- setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
- kacau tanpa henti hingga likat.
- angkat dan sejukkan.


1)Tart belum dibakar 2) Tart sudah siap di bakar

3) Pengulung Tart

Air Soya/Fresh Soya Bean

Bahan-bahan

200g kacang soya
6 cawan air
2 helai daun pandan
gula secukup rasa (citarasa msg2x)

Cara-cara

- basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
- selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Tapiskan air soya tadi dgn kain dan perahkan macam perah santan.- kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit/mendidih.
- biarkan sejuk sekejap & boleh lah di minum, samada panas atau sejuk.
- dapatlah air soya kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.
P/S : Kalau nak senang guna kain penapis teh tarik lagi mudah atau klu tak ade gak blh guna kain napkin yg belum digunakan lagi.

ini lah gambar kacang soya saya beli di TESCO

Kuih Lapis Coklat

Kuih Lapis lagi....buat makan-makan kat gumah ajak kekawan dtg berbuka puasa...hmm atas permintaan.

Bahan-bahan ( satu loyang kecil. )

250gm tepung gandum
100gm gula
500ml santan cair (kalau x nak guna santan, leh tukar ngan susu cair, fresh milk atau kalau guna air biasa, tambah 1 sudu besar minyak..ikut selera masing2)

Cara-cara

- campur semua sekali dalam mangkuk. kacau sebati.
- tapiskan adunan tadi dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- letakkan satu bahagian pewarna coklat/koko & satu lagi dgn warna asal. Kacau biar warna sekata. (saya guna coklat emulco)
- kukuslah selapis demi selapis, selang seli warnanya.
- biar sejuk baru potong. Kalau nak senang boleh guna benang atau lagi senang guna plastik cling balut kat pisau tu dan potong..mudah tak lekat pun.

Ayam Ungkep

Masakan Jawa. Ringkas dan tidak pedas. Jadi, sesuai untuk seisi keluarga.

Bahan-bahan

1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
30-40 gm ketumbar - dikisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
3 sudu makan gula
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

- panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
- tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
- apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
- masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
- masukkan air. Gaul lagi.
- tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

Tau Hu Far


Tau Hu Far

Bahan-bahan

300 gm kacang soya -rendam semalaman
12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 250ml
1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
1/2 gelas air suam

Cara-cara

- kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
- sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
- air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
- sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
- sediakan bekas kedap udara(tupperware)
- tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
- kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
- cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
- hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA

Kuih Lapis

Kuih Lapis
Sumber dr. tulip77@myr

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air


Cara-cara

- dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air.
- blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
- keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata. - bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
- utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. -- masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
- lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
- lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
- dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
ini lah cwn yg biasa saya guna utk sukatan (cawan)

Wednesday, September 17, 2008

Sambal belacan

Bahan-bahan ( 4 orang )

3 biji cili hidup @ besar
10 biji cili padi @ kecik
Sedikit belacan - dibakar
Gula 1 sudu kecil
Secubit garam
Limau nipis - Ambil jusnya


Cara-cara

- lada hidup, cili api, belacan, gula dan garam dikisar
- last sekali perah asam limau
- hidangkan bersama ikan bakar, ikan goreng dan yg sewaktu dengannya.

Kuih Serimuka Delima

Bahan-bahan

(A) 500 gm beras pulut - direndam semalaman
300 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu teh garam
10 gm sago warna merah - direndam & ditoskan
(B) 300 gm gula kastor
100 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
4 biji telur - size A : dipukul rata
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
** kalau xda sago merah, boleh gunakn sago biasa tp drendam dgn sedikit warna merah
(tak letak pun Sago merah)

Cara-cara

- toskan pulut yang direndam, masukkan dlm bekas
- masukkan garam - gaul rata
- tuangkan santan & air - gaul mesra..kukus 30 minit
- setelah pulut masak, masukkan sago merah..jgn gaul rata
- tekan pulut hingga mampat dlm loyang..ketepikan
- Bahagian atas - satukan tepung kastad & gula kastor dlm periuk
- masukkan telur yg telah dipukul rata, garam, esen vanilla & pewarna kuning
- tuangkan santan & air - didihkan semua bhn td hingga pekat
- kemudian tuang dlm loyang berisi pulut td...kukus 30 minit
- dah pun siap..tapi tunggu kuih benar2 sejuk baru dipotong

Selar kuning masak lemak

Bahan-bahan

5 ekor ikan selar kuning (ikan lain pun ok)
1 biji kelapa, diparut
1 botol rebung, ditoskan
1 keping asam keping
2 batang serai, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :
1/2 cawan cili padi
1 1/2 inci kunyit hidup


Cara-cara

- cuci ikan dan toskan. Tuang 1/2 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Cuci rebung toskan.
- dalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk lumat, serai,asam kpg dan santan cair, kacau rata dan masak atas api sederhana hingga mendidih.
- kemudian masukkan ikan dan rebung, bila ikan 3/4 masak, tuang pati santan dan perasakan dengan garam. kacau perlahan-lahan dan biar mendidih 1 - 2 minit atas api perlahan.
- rasa kuahnya dan jika ok, boleh diangkat dan hidangkan bersama ulam-ulaman dan nasi hangat...

Daging goreng kunyit

Bahan-bahan

200-300gm daging mentah
serbuk garam dan serbuk kunyit (kunyit hidup pun boleh)
minyak masak
bawang merah 2-3 biji dimayang
bawang putih 1 biji dimayang
bawang besar (kulit kuning/merah) 1 biji dimayang bulat
lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong
optional: kacang panjang yg telah dipotong


Cara-cara

- hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
- perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
- panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
- apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
- apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu.

- kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing apabila semua garing, lauk sudah siap.
- hidang dgn nasi panas atau makan dgn roti. cicah dgn budu dan makan dgn nasi panas lagi sedap yum yum
variasi lauk ini #1: tambah kacang panjang yg dipotong ketika menggoreng, sebelum dihidang. ada org masukkan carrot, bunga kobis ataupun kobis

Kuih Cucur Badak


Sumber dr quinnie@myr

Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )

500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
bahan2 untuk inti
1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
garam secukupnya

Cara-cara

- rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
- ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
- selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
cara buat inti
- cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
- campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
- nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.

Saturday, September 13, 2008

Biskut Semperit/Bunga Cina


Biskut Bunga Cina
Sumber dr nor_67@myr

Bahan-bahan

100 gram mentega/marjerin
90 gram gula caster/halus
1 biji telur (A)
2 cwn tepung jagung
1 cwn tepung ubi/kanji
ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

- pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
- masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
- ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
- biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
- picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
-bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
- bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

Thursday, September 11, 2008

Kari kambing

Kari Kambing
daging kambing (sudah smesti nyer...)

Bahan tumbuk

Bwg putih
Bwg merah
Halia
Kerisek
Kari daging + cili kering kisar
Cili hijau (tiada dlm stok)
Kacang bendir
Kentang
Rempah 4 sekawan (cengkih,kulit kayu manis,bunga lawang, buah pelaga)
Daun kari
Santan
Air
Asam jawa
Asam keping

Cara menyediakan

- rebus terlebih dahulu daging kambing sehingga empuk.
- tumiskan bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
- masukkan kari daging dan daun kari...tunggu hingga wangi
- masukkan daging kambing, kentang & air .
- dah mendidih..., masukkan santan, kerisek, bendir dan cili hijau..biar sebentar
- dah mendidih tutup api.

Sambal sotong kering

Bahan-bahan

300 gram Sotong Kering
air abu /air kapur
Cara menyediakan
sotong kering di rendam dengan 4 sudu makan air abu selama 6 jam Ditoskan dan direndam dalam air yang mendidih selama 30 minit
Bahan sambal
1 kg Cili kisar
100 gram Bawang besar
100 gram Asam jawa
100 gram Gula Merah (tak letak tak ade stok)
50 gram Gula Putih
2 cwn Minyak
Cara Menyediakan
- panaskan minyak, masukkan cili kisar, bawang kisar, tunggu sehingga garing/kekuningan,
- masukkan air asam jawa tunggu sehingga mendidih
- kemudian Masukkan bahan lain juga Masukkan sotong
- kacau sehingga sebati dan lembut....hidangkan sedap dimakan ngan nasi panas.

terung goreng masin

Bahan-bahan

1 biji terung
4 ulas bwg putih
segenggam udang kering
Sos Ikan
Sos tiram
Kicap cair

Cara-cara

- terung tadi dikupas kulit nyer tapi jgn smua tinggalkan sikit-sikit
- kemudian potong dadu sebesar ibujari,dibasuh & ditoskan
- goreng dahulu terung yg tlh didadu tadi setengah masak
- sementara itu chop/cincang bawang putih tadi halus,ketepikan
- ambil udang kering yg tlh direndam tadi & dimesin hancur/halus
- tumiskan udang kering yg tlh di mesin tadi sehingga garing & masukkan bwg putih dan goreng sehingga kekuningan.
- kemudian masukan sos tiram,sos ikan & kicap cair dan kacau hingga sebati
- setelah sebati campurkan terung yg tlh di goreng tadi dan balik-balikkan agar sebati dgn sos tadi
- setelah agak lembut terung tadi angkat & hidangkan.
-** tak payah letak garam krana sos tira ,kicap cair & sos ikan sudah sekian masin.**

Air tembikai

Sememang nyer menjadi kegemaran family sejak dr kecil lagi sehingga skarang anak-anak juga sgt suka air tembikai. Klu nak tambah sedap lagi campurkan air iceream soda ataupun susu pekat manis.(klu tak caye cube try...hee..hee).

Bahan-bahan

1 biji tembikai (sederhana)
gula secukup rasa
airbatu secukupnye
pewarna merah (optional)

Cara-cara

- potong tembikai tadi dan 3/4 dr buah tadi di potong dadu.
- mesin/blender baki buah tembikai tadi sehingga hancur/lumat.
- masukan smua tembikai yg telah dimesin lumat juga dadu tadi kedlm bowl,
- masukan air gula dan rasa ikut citerasa msg-msg.
- klu tak merah titikkan pewarna merah tadi dan kacau serata.
- siap utk diminum....selamat berbuka.....

Buah Melaka/Onde-onde

Bahan-bahan
Pewarna hijau & perasa pandan
2 ketul gula melaka
2 3/4 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung beras
air secukup nyer
1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara

- bancuh tepung bersama air & pewarna +perasa sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan keras.(agak2 boleh dicubit/tidak melekat di bekas)
- cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil ditgh2 adunan.
- bulatkan dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
- setelah siap, masukkan ke dlm air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
- bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan di gaul dgn kelapa tadi.

Monday, September 8, 2008

Roti Jala/Roti Kirai


Roti Jala
Sumber oleh yatiezaini@myr

Bahan-bahan

500 gram tepung gandum
1/2 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu)
2 biji telur
sedikit pewarna kuning dan garam
sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

- Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
- Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis

- sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air
- Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkan adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
- biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat/digulung mengikut citarasa masing2.

Sambal Belacan

Bahan-bahan

4-5 btg cili besar (merah+hijau)
4 biji chili padi
setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
1-2 inci belacan
1 biji tamato
garam secubit
pak aji - klu suka.
limau kasturi - (xde limau kasturi so lemon jek yg ada)

Cara-cara

- Masukkan cili besar, cili padi, tamato 'n belacan, dlm mesin (belacan tu dibakar/goreng mmg sodappp.... )
- masukkan ikan bilis kedlm mesin/lesung. ikan bilis tadi di mesinkan pecah-pecah jer jgn halus sangat. tambahkan garam n pak aji 'n limau kasturi yg dah dipotong2.
- Tumbuk limau ngan kulitnye skali, klu tak suka tak yah la.. amik jus nyer jer..
- Ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SODAPPP!!

♥Strawberry Choc. Marble Cake

♥Strawberry Choc. Marble Cake
Sumber oleh kak fida @ myr

Bahan-bahan ( 1 loyang 12x12inc. / 10x7x3inc(2 loyang) )

10 biji telur
85 ml air
450 g gula halus
420 g tepung Hong Kong* (tak taruh guna smua tpg gandum)
115 g tepung gandum*
2 sk baking powder*
1 1/2 sb ovallete
400 g mentega - dipukul kembang
1 sb strawberry paste
1 sb choc. paste
sedikit pewarna merah
2 sk esen vanilla


Cara-cara

- Ayak bahan2 bertanda*
- Satukan semua bahan dlm mangkuk mixer kecuali mentega,paste, pewarna dan esen dan dipukul hingga kembang.
- Setelah itu masukkan mentega dan kacau hingga rata dan sebati.
- Adunan dibahagi kpd 3 bahagian dan setiap satu bhgian di bubuh choc. paste,satu bhgian strawberry paste dan warna merah dan satu bhgian dibiarkan warna asal dan dibubuh esen vanilla.
- Loyang dialas dan digris. Tompok2kan adunan seperti marble bermula dgn putih,merah,choc. dan ulang hingga habis.Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 45 min.
- Paste dan pewarna boleh di tambah atau diubah ikut citarasa masing2. Jika tiada choc. paste dlm simpanan, boleh juga digantikan dgn 2 sb serbuk koko dilarutkan dgn sedikit air panas utk dijadikan paste.

Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan

500 gm Kacang Hijau
1/2 cawan gula
1/4 cawan gula merah (ikut suke msg-msg)
1 tin santan (400ml)
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan sagu kecil
Air (ikut kepekatan yang dikehendaki)

Cara-cara

- Rebus kacang hijau yang telah dibasuh tadi dengan air.
- Sementara itu masak kan sagu di atas dapur lain sehingga kembang.
- Setelah kacang kembang, masukkan gula, santan dan garam. Biarkan mendidih seketika.
- Masukkan sagu. Biarkan bubur mendidih sekali lagi tapi jgn sampai pecah santan.

Tips! pastikan bubur mendidih agak lama agar ia tidak cepat basi. Selalunya bubur tahan 2 hari tanpa perlu disimpan di peti sejuk!

Sunday, September 7, 2008

Pengat Pisang

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

3 biji pisang montel (buang kulit dan potong dua/slice)
3 @ 4 cawan santan
satu keping gula melaka
gula (ikut rasa msg-msg)
sedikit garam
daun pandan
sedikit Sagu

Cara-cara


- tanak sagu biar sampai jernih/masak.
- sementara itu, masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan. masak hingga mendidih.
- baru masukkan sagu & pisang tadi.
- tambah gula jika kurang manis. bila dah masak boleh la dihidangkan.

Saturday, September 6, 2008

Sayur campur

Bahan-bahan ( ikut selera sdiri)

4 pcs cendawan shitake kering
2 ulas bawang putih
setengah biji capsicum merah dan kuning
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar sos ikan
3 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis

Cara-cara

- Bersihkan cendawan dan rendam kemudian rebus agar lembut & toskan.
- Tumiskan bawang putih samada yang dihiris sahaja, ditumbuk atau dicincang (ikut suka).
- Masukkan cendawan dan sos tiram dan renehkan sebentar.
- Masukkan capsicum merah dan kuning serta sayuran spt: putik jagung,kacang boncis & etc. Gaulkan sebati.
- Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk lebih pekat. Sesuaikan rasa dan angkat.

Daging merah

Bahan-bahan ( 6 orang )

500 gm daging
2 labu bawang besar- di hiris kasar
5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
2 inci halia - di tumbuk halus
4 sdb sos tiram
2 sdb kicap- ikut suka
4 sdb sos tomato
2 sdb cili kisar
Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris (tak letak)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana

Cara-cara

- Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah.
- Masukkan daging dan garam. Gaul rata.
- Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.
- Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.

Friday, September 5, 2008

Terung sambal ikan bilis

TERUNG SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-bahan :
Sedikit minyak masak utk menggoreng dan menumis
Sebatang terung panjang, dibelah dan dipotong panjang
Sebiji bawang besar, dicincang halus
2 biji bawang putih, dicincang halus
Segenggam ikan bilis, dibasuh dan dicincang halus
Sedikit belacan
2 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

- Goreng terung dgn sedikit minyak hingga layu dan agak garing tepinya.
- Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
- Gunakan minyak yg sama, tumiskan bawang hingga layu dan kekuningan.
- Masukkan belacan, cili kisar dan tambah sedikit air asam jawa. Tumis sehingga cili masak.
- Masukkan gula dan tumis lagi hingga sambal likat.
- Masukkan semula ikan bilis. Perasakan dgn sedikit garam dan kacau hingga sebati.
- Masukkan semula terung yg digoreng tadi dan gaul sekadar tersalut sambal pada terung.

Rhubarb Pai

Ini la rupa pokok Rhubarb (cuma guna btg nyer aje)

Bahan-bahan

Kulit
250gm tepung gandum
150gm butter
90gm gula halus
sedikit garam
Inti


5 batang rhubarb (dipotong dadu)
3 sudu besar gula halus


Cara-cara


KULIT:- masukan butter,gula & tepung kedlm satu mangkuk. Uli dgn mengunakan jari sahaja mcm nak wat crumble tu.bila sudah sebati akan menjadi doh. Tekan-tekan kedlm acuan/bekas sebagai 'base'.
INTI :- susun rhubarb yg telah dipotong dadu kedalam base tadi dan taburkan gula.
lepas tu letak la kulit dlm bekas yg sesuai untuk dibakar selama 25-30 minit..atau sehingga masak.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace