Friday, February 20, 2009

KUEH LAPIS MERAH

Bahan-banan A:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam pewarna merah

Cara:

-gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
-bahagikan adunan pada 2 bahagian.
-masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
-panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
-masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
-lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
-lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
-sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Meehoon Soup

Bahan-bahan

1 bj Bawang Besar,
2 ulas Bawang Putih,
1/2 inci Halia ditumbuk lumat.
2 dada Ayam & 1 bahagian tulang dipotong kecil2
Carrot(dipotong ikut suka)
Daun Sup/daun bawang(hiris halus)
1 sk Rempah Sup Ayam Adabi
1 inci kulit kayu manis,
1 bj bunga lawang,
2 bj buah pelaga
2 bj bunga cengkih.
1 kiub Ayam & sedikit Serbuk Lada Putih
MeeHoon/Mee Kuning
Sedikit Minyak Sayur & Minyak Bijan
4 cawan Air(jika kurang tambahok)

Cara-cara

-panaskan sedikit minyak sayur.
-masukkan kulit kayu manis,b.lawang,b.pelaga & b.cengkih serta bahan yg ditumbuk lumat & juga rempah sup.Kacau rata & tunggu sehingga sehingga naik bau.
-masukkan air,ayam,kiub ayam & serbuk lada putih.Biar mendidih sehingga ayam masak.
-bila ayam dah masak keluarkan dada ayam sahaja.Masukkan Carrot,secubit garam & sedikit minyak bijan.Biar mendidih sekejap.Tutup api.
-goreng ayam tadi kemudian siat2kan nya.Letak mi yg tlh direbus tadi tuangkan kuah sup & hiaskan dgn ayam yg disiat td,daun sup & bwg goreng.Enak dimakan ketika panas.
-Selamat mencuba.

Wednesday, February 11, 2009

Udang masak Supreme

Bahan-bahan

1/2 kg udang - dibuang kulit dan tinggalkan kulit ekor shj dan di buang urat belakang udang
3 batang lada merah - di cincang
3 batang lada hijau - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1 inci halia - di cincang
4 sudu makan sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara


-panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan
-tumis bahan2 cincang seperti lada hijau, merah bawang besar halia sehingga garing
-masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata
-perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang

Kuah Durian@Serawa Durian

Bahan-bahan

5 ulas durian
3 sudu gula pasir
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
(boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna)

Cara-cara


-buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
-masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
-masak hingga mendidih.

Bubur Kacang Hijau+Durian

Bahan-bahan

3 ulas durian yg telah dicarik isinya
3 cwn santan pekat
1 cwn kacang hijau
2/3 cwn gula halus


(Klu suka leh juga letak Gula Merah)

Cara-cara


-kacang hijau terlebih dulu direndam selama 3-4 jam dgn air suam supaya cepat kembang bila dimasak.
-apabila kacang sudah agak kembang & lembut,masukkan gula,daun pandan juga tuang santan ke dlm periuk.

-masukkan isi durian.(isi durian yg dicarik atau masukan skali dgn biji2 sekali)
-sekiranya kurang rasa manis,tambah lagi sukatan gula.
-bila sudah mendidih,boleh lah dimakan sebagai pemanis mulut/dessert.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace