Monday, September 22, 2008

Tau Hu Far


Tau Hu Far

Bahan-bahan

300 gm kacang soya -rendam semalaman
12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 250ml
1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
1/2 gelas air suam

Cara-cara

- kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
- sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
- air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
- sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
- sediakan bekas kedap udara(tupperware)
- tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
- kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
- cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
- hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA

No comments:

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace