Wednesday, September 17, 2008

Kuih Cucur Badak


Sumber dr quinnie@myr

Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )

500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji
bahan2 untuk inti
1/3 biji kelapa parut
1 btg serai
2 sudu besar udang kering
3 tangkai cili kering
sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
garam secukupnya

Cara-cara

- rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
- ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
- selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.
cara buat inti
- cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
- campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
- nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.

No comments:

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace