Tuesday, July 8, 2008

Patin asam tempoyak




Saya kat cni memang susah nak dpt ikan patin so kebetulan pergi kedai ade plak tu yg lepas gian tu...ada plak tempoyak simpan dlm Freezer balik dr mesia ari tu...masa ambik gamba ni terlupa plak nak letak daun kesom...tu yg gondol je tu...

Bahan-bahan

Satu paket ikan patin
2 ulas kunyit hidup
6 biji bawang kecil
15 biji cili api
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
2 ikat daun kesum (secekak)
2 kuntum bunga kantan (tak de stok)
3 kpg asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara-cara

-ikan disiang dan diperapkan dengan limau nipis utk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam
-kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi
-masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, -letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan,
-masukkan bunga kantan, dan daun kesum tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin,
-kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Cadangan Hidangan: sedap dimakan semasa panas dengan nasi putih, amat menyelerakan. selamat mencuba

No comments:

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace