Sumber Mat Gebu
(sori mat....resepi sudah diubah & ditambah sedikit,ikut citer rasa sendiri)
Bahan-bahan
375 gram buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
250 gram mentega
3 biji telur Gred A
300 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
150 gram gula perang (gula halus pun ok)
150 gram gula pasir ( untuk buat gula hangus)
1 biji buah pala, diparut
30 gram badam keping
250 gram mentega
3 biji telur Gred A
300 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
150 gram gula perang (gula halus pun ok)
150 gram gula pasir ( untuk buat gula hangus)
1 biji buah pala, diparut
30 gram badam keping
30 gram chop walnut
Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)
Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)
Cara-cara
-Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa yg sama juga, jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
-Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim/kembang.
-Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
-Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
-Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
-Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
-Lenser tin kek/bekas kaca inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
-Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( saya terlupa nak hias ceri atas permukaan adunan hehehe.....)
-Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
-Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek.
-Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
No comments:
Post a Comment