Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Kuih Lopes


Kuih Lopes
resepi : tulip77@myresipi.com

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur (tak letak)
  • 1/2 sdt garam
  • beberapa titik pewarna hijau (letak pandan paste)
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Sunday, May 10, 2009

Kuih Tiram/Lidah Kucing

Bahan-bahan

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara

- satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
- satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
- uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai.

**note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
- sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
- gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
- goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.


Sunday, April 12, 2009

Kuih Kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Cara-cara
- satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
- satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
- satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
- Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. - - angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel.

Saturday, April 4, 2009

Blueberry Muffin

Bahan-bahan ( Hasilkan lebih kurang 24 biji )

170 g mentega
160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum
20 g baking powder
1 camca teh esen vanilla
Blueberry filling secukupnya
Badam keping untuk hiasan (jika suka)
Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)


Cara-cara

- pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
- gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
- sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
- bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
- keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga..... sesuai untuk minum petang.

Apam Balik


Bahan-bahan ( 5 org )

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Filling:
1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega

Cara-cara

- # Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. # Pukul lagi hingga sebati.
- masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
- panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
- tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
- apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
- tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.

***homemade cream corn:
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
* masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

Friday, February 20, 2009

KUEH LAPIS MERAH

Bahan-banan A:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam pewarna merah

Cara:

-gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
-bahagikan adunan pada 2 bahagian.
-masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
-panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
-masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
-lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
-lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
-sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Thursday, December 11, 2008

Pulut panggang

Bahan-bahan

4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging & ikan secukupnya
daun pisang secukupnya

Cara-cara
  • cuci beras pulut dengan air paip / suam
  • masukkan santan & garam
  • tutup dan masukkan dalam kukusan atau kacau setiap 10 mins supaya pulut masak rata
  • bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudian potong panjang 10inci dan lebar 5inci.
  • Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit minyak di atasnya
  • ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  • ambil 1-2 sudu makan serunding daging/ikan dan letak di tengah2 pulut tadi
    tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  • gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya atau staplerkan hujungnya.
  • letak atas api dan balik2kan hingga garing
  • makan masa panas-panas... best!

Saturday, December 6, 2008

Pau Goreng

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
120 g gula halus
1 sk rata garam halus
140 ml minyak sayur/makan
5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
450 ml air paip *
(satukan bahan *)

Cara-cara
  • Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
  • Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
  • Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
  • Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
  • Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.

Saturday, November 22, 2008

Apam Pisang

Apam Pisang

Bahan-Bahan:

4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara-cara :

- pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata.
- telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
- gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam.
- kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.
- boleh juga masukkan dlm papercup wat rupa die comel2 spt dbwh:-
* nota - klu x suka manis, gula tu guna 3/4 cawan pun dah ok...

Friday, November 21, 2008

Lepat Pisang

Bahan-bahan ( 3 org )

20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
4 biji pisang yg dilenyek halus
70 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
70 gm gula melaka dicincang halus
4 sb pati santan
secubit garam

Cara-cara

- layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat. keringkan.
- pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
- kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit. sebaliknya, jika keras tambah pati santan lagi.
- adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
- daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
- air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
- Selamat Menjamu Selera.

Thursday, November 20, 2008

Kuih Pau

Bahan-bahan ( 10 biji )

240 g tepung pau
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara

- dalam satu bekas, masukkan tepung Pau, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
- gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
- masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula.
- adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin).
- perap doh selama 45 minit.
- keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan.
- ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti.
- bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
- buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
- kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

- untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

Thursday, November 13, 2008

Apam Gula Melaka

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

125gm gula pasir
125gm gula Melaka - dipotong kecil2
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak


Cara-cara


- sediakan acuan dan panaskan kukusan.
- masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
- ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
- masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
- tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
- tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Sunday, November 2, 2008

Karipap Pusing

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
*Doh berminyak* :
150 gm (margerin +
crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum

*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )


Cara-cara

Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).

Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

Sunday, October 26, 2008

Karipap Udang

Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak ( panaskan )
garam skit
air
INTI
10 biji kentang
2 sudu besar kari ayam/daging
1 1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
garam
air


Cara-cara

- Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung n marjerin.Gaul rata..Masukkan minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
- Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
- Hiris/potong bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata.

- Kemudian masukkan kentang,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering sedikit kemudian masukkan udang & biarkan sehingga kering.
- Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim.

- Goreng dengan api yang sederhana.

Monday, October 20, 2008

Vadey


Bahan-bahan
250 g kacang dhal
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun kari, dilurut dan dicuci
1 camca teh jintan manis, cuci dan toskan
1/2 camca teh garam
2 tangkai cili kering, buang biji, hiris halus, cuci dan toskan
1 biji cili hijau, hiris halus

Cara-cara:

- cuci kacang dhal dan rendam 4 jam. Sementara itu, potong dadu bawang besar dan satukan bersama daun kari, jintan manis, cili kering, cili hijau dalam satu bekas. Gaul rata.
- toskan kacang dhal, kisar hingga hancur (tapi jangan terlalu lumat, saya guna food processor), dan masukkan ke dalam bekas tadi bersama garam. Gaul hingga sebati.
- lumur tapak tangan dengan sedikit minyak masak, ambil sdikit adunan, bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas plastik yang telah disapu minyak. Buat hingga siap.
- goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
- boleh dihidangkan untuk minum petang...memang yummy...

Monday, September 22, 2008

Kuih Lapis Coklat

Kuih Lapis lagi....buat makan-makan kat gumah ajak kekawan dtg berbuka puasa...hmm atas permintaan.

Bahan-bahan ( satu loyang kecil. )

250gm tepung gandum
100gm gula
500ml santan cair (kalau x nak guna santan, leh tukar ngan susu cair, fresh milk atau kalau guna air biasa, tambah 1 sudu besar minyak..ikut selera masing2)

Cara-cara

- campur semua sekali dalam mangkuk. kacau sebati.
- tapiskan adunan tadi dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- letakkan satu bahagian pewarna coklat/koko & satu lagi dgn warna asal. Kacau biar warna sekata. (saya guna coklat emulco)
- kukuslah selapis demi selapis, selang seli warnanya.
- biar sejuk baru potong. Kalau nak senang boleh guna benang atau lagi senang guna plastik cling balut kat pisau tu dan potong..mudah tak lekat pun.

Kuih Lapis

Kuih Lapis
Sumber dr. tulip77@myr

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air


Cara-cara

- dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air.
- blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
- keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata. - bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
- utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. -- masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
- lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
- lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
- dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
ini lah cwn yg biasa saya guna utk sukatan (cawan)

Wednesday, September 17, 2008

Kuih Serimuka Delima

Bahan-bahan

(A) 500 gm beras pulut - direndam semalaman
300 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu teh garam
10 gm sago warna merah - direndam & ditoskan
(B) 300 gm gula kastor
100 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
4 biji telur - size A : dipukul rata
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
** kalau xda sago merah, boleh gunakn sago biasa tp drendam dgn sedikit warna merah
(tak letak pun Sago merah)

Cara-cara

- toskan pulut yang direndam, masukkan dlm bekas
- masukkan garam - gaul rata
- tuangkan santan & air - gaul mesra..kukus 30 minit
- setelah pulut masak, masukkan sago merah..jgn gaul rata
- tekan pulut hingga mampat dlm loyang..ketepikan
- Bahagian atas - satukan tepung kastad & gula kastor dlm periuk
- masukkan telur yg telah dipukul rata, garam, esen vanilla & pewarna kuning
- tuangkan santan & air - didihkan semua bhn td hingga pekat
- kemudian tuang dlm loyang berisi pulut td...kukus 30 minit
- dah pun siap..tapi tunggu kuih benar2 sejuk baru dipotong

Wednesday, August 20, 2008

Pau Goreng & Doughnuts



Also can make Doughnuts with the dough....



** Pau Goreng inti Sambal ikan bilis **
Ingredients

Sift:
250g high protein flour
100g plain flour
1/2 tsp salt
1 tbsp instant yeast or easy blend yeast
30g castor sugar

Combine:
30g melted butter
1 lightly beaten egg
150ml warm milk
Oil for deep-flying

For coating:
Cinnamon sugar or
Castor sugar, mixed with 1/2 tsp cinnamon powder for flavouring if desired.

Method:

Put sifted flours and salt in a large mixing bowl. Stir in yeast and sugar. Pour combined ingredients into flour mixture. Mix well and knead till you get a soft dough.Turn out dough on a lightly-floured board.

Knead for about five to six minutes until the dough is smooth. Place dough in mixing bowl again, cover with damp tea-towel and leave aside to proof for 60 to 90 minutes or until it doubles in size.

Knead dough on a lightly-floured board for a minute. Roll out dough to 3/4 cm thickness. Stamp out with a doughnut cutter. (You can gather up the pieces of remaining dough, roll it out and stamp again with the cutter.)

Place the cut out doughnut on grease-proof paper.Cover with greased cling film wrap and leave aside to rise for 25 to 30 minutes.Heat oil and deep-fry doughnuts till they puff up and turn golden brown.

Remove and drain doughnuts on absorbent paper; toss them in cinnamon sugar and serve.

Saturday, August 2, 2008

kuih keria/kuih gelang


Bahan

Keledek – direbus dan letak sedikit garam
Tepung gandum

Cara-cara

-lenyek keledek yang direbus tadi hingga halus.
-masukkan tepung sikit demi skit sehingga dapat adunan yang dikehendaki dan gentelkan bulat-bulat
-bolehlah digoreng dalam kuali.

Cara buat air gula

2sb gula pasir
2sb air masak/paip

-masukkan bahan di atas di dalam kuali dengan api yang kecil…kacau...tunggu hingga buih2 gula kelihatan dan pada masa tu masukkan kuih tadi dan gaulkan sebati…lama kelamaan gula tu akan membeku dan tutuplah api…kacau bagi kesemuanya kuih tersebut bersalut dengan gula sepenuhnya.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace