Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Monday, September 22, 2008

Air Soya/Fresh Soya Bean

Bahan-bahan

200g kacang soya
6 cawan air
2 helai daun pandan
gula secukup rasa (citarasa msg2x)

Cara-cara

- basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
- selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Tapiskan air soya tadi dgn kain dan perahkan macam perah santan.- kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit/mendidih.
- biarkan sejuk sekejap & boleh lah di minum, samada panas atau sejuk.
- dapatlah air soya kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.
P/S : Kalau nak senang guna kain penapis teh tarik lagi mudah atau klu tak ade gak blh guna kain napkin yg belum digunakan lagi.

ini lah gambar kacang soya saya beli di TESCO

Tau Hu Far


Tau Hu Far

Bahan-bahan

300 gm kacang soya -rendam semalaman
12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 250ml
1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
1/2 gelas air suam

Cara-cara

- kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
- sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
- air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
- sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
- sediakan bekas kedap udara(tupperware)
- tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
- kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
- cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
- hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA

Thursday, September 11, 2008

Air tembikai

Sememang nyer menjadi kegemaran family sejak dr kecil lagi sehingga skarang anak-anak juga sgt suka air tembikai. Klu nak tambah sedap lagi campurkan air iceream soda ataupun susu pekat manis.(klu tak caye cube try...hee..hee).

Bahan-bahan

1 biji tembikai (sederhana)
gula secukup rasa
airbatu secukupnye
pewarna merah (optional)

Cara-cara

- potong tembikai tadi dan 3/4 dr buah tadi di potong dadu.
- mesin/blender baki buah tembikai tadi sehingga hancur/lumat.
- masukan smua tembikai yg telah dimesin lumat juga dadu tadi kedlm bowl,
- masukan air gula dan rasa ikut citerasa msg-msg.
- klu tak merah titikkan pewarna merah tadi dan kacau serata.
- siap utk diminum....selamat berbuka.....

Friday, July 4, 2008

tembikai/watermelon smootie




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

600g tembikai
250ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula(tambah klu suka manis)
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
Daun pudina utk hiasan (optional)

sedikit pewarna merah(optional)


Cara-cara

-Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya.
-Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam. Kalau nak lagi sedappp...klu malas tak payah frozen...
-Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
-Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, dan juga daun pudina.

-Sedia utk diminum
-minuman kegemaran masa summer...
-klu guna susu pekat lagi sedap kot...next time nak try lak..he..he..

Saturday, June 21, 2008

Watermelon juice



Hmm..inilah minuman kegemaran kami sekeluarga...simple je..

Buah tembikai
sedikit sprite/air soda
susu pekat
Ice cube

- campurkan smua dlm blender dan blender dlm 3 min.
- susu pekat ikut manis kesukaan masing2x. Klu nak taruh gula
pun boleh.
- klu suka boleh juga cincang sedikit tembikai utk di campurkan
kedlm air.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace