Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Friday, May 1, 2009

Murtabak Daging & Kari Ayam

Hubby yg buat......terasa nak makan....resepi nyer Insyallah akan Dtempek kemudian yea...tungguuuu.........

Bahan-bahan
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 Tbsp condense milk-60gm
*1 tsp salt-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm:
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara
- masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
- masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
- uli hingga jadi doh
- rehatkan doh selama 10 minit
- uli lagi selama 5 minit
** ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.
** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan
- bentuk bulat2. produce 12 depending on the size. salut dgn margerin. perap 3hrs or more .
- ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di kibar atau di tarik2. utk mengelakkan koyak, tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, bolehla di taruh inti daging tadi, dah lipat.
- panaskan pan dgn api sederhana.. taruk sedikit minyak. masak hingga perang/masak.
*doh boleh disimpan dlm fridge sampai 2 hari.

Tuesday, April 14, 2009

Rendang Ayam (Kampung/Pencen)

Bahan-bahan

1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
1 biji kelapa, diparut
2 helai daun kunyit, dimayang halus
3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
2 ulas bawang putih, dimayang*
2 asam keping
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
3 camca besar cili kisar
4 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar gula Melaka
Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis
BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
5 batang serai, dimayang
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras

Cara-cara

- ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
- masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
- panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
- masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
- kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.

Monday, April 6, 2009

Ayam Paprik

Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
3-4 helai daun limau purut

2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa


Cara-cara


- panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
- masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
- masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
- bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Friday, February 20, 2009

Meehoon Soup

Bahan-bahan

1 bj Bawang Besar,
2 ulas Bawang Putih,
1/2 inci Halia ditumbuk lumat.
2 dada Ayam & 1 bahagian tulang dipotong kecil2
Carrot(dipotong ikut suka)
Daun Sup/daun bawang(hiris halus)
1 sk Rempah Sup Ayam Adabi
1 inci kulit kayu manis,
1 bj bunga lawang,
2 bj buah pelaga
2 bj bunga cengkih.
1 kiub Ayam & sedikit Serbuk Lada Putih
MeeHoon/Mee Kuning
Sedikit Minyak Sayur & Minyak Bijan
4 cawan Air(jika kurang tambahok)

Cara-cara

-panaskan sedikit minyak sayur.
-masukkan kulit kayu manis,b.lawang,b.pelaga & b.cengkih serta bahan yg ditumbuk lumat & juga rempah sup.Kacau rata & tunggu sehingga sehingga naik bau.
-masukkan air,ayam,kiub ayam & serbuk lada putih.Biar mendidih sehingga ayam masak.
-bila ayam dah masak keluarkan dada ayam sahaja.Masukkan Carrot,secubit garam & sedikit minyak bijan.Biar mendidih sekejap.Tutup api.
-goreng ayam tadi kemudian siat2kan nya.Letak mi yg tlh direbus tadi tuangkan kuah sup & hiaskan dgn ayam yg disiat td,daun sup & bwg goreng.Enak dimakan ketika panas.
-Selamat mencuba.

Friday, January 16, 2009

Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun


Cara-cara

-Bersih ayam. Potong ikut suka (Intan guna bhgian peha)
-Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
-Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
-Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi.
-Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
-Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap.
-Goreng dengan minyak penuh atau bakar ayam tu dlm Oven guna Grill....hmm ikut suke...
**Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.

Monday, September 22, 2008

Ayam Ungkep

Masakan Jawa. Ringkas dan tidak pedas. Jadi, sesuai untuk seisi keluarga.

Bahan-bahan

1 ekor ayam (Dipotong 8,10 atau 12)
30-40 gm ketumbar - dikisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus
6 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
Kunyit - sebesar saiz ibu jari
1 batang serai - dititik
3 sudu makan gula
Garam - secukup rasa
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

- panaskan minyak. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan kunyit.
- tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Masukkan bersama ketumbar, jintan putih dan serai.
- apabila tumisan telah betul-betul kering/garing, masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
- masukkan ayam. Gaul sebati sehingga ayam agak mengecut.
- masukkan air. Gaul lagi.
- tutup kuali dan masak sehingga ayam benar-benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.
P/S: Boleh juga gantikan ketumbar/jintan putih kepada serbuk ketumbar/jintan putih. Jika malas nak menumbuk, boleh juga dikisar.

Tuesday, July 8, 2008

sambal ayam goreng



Bahan2 kisar

2 gengam lada kering
8 ulas bawang putih (mmg suka lebihkan sedikit bawang putih)
2 biji bawang besar
sedikit halia

Bahan2 lain

2 biji bawang besar - hiris bulat2
1/2 cwn air
2 sdm tomato puree
garam
gula secukup rasa

Cara-cara

-Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi hingga 1/2 masak.
-Angkat dan ketepikan Gunakan minyak tadi (kerana all the juices dari ayam tadi yg tambah sedap sambal tu nanti) dan tambah minyak jika perlu,
-tumiskan bahan2 kisar di atas api yg sederhana hingga benar2 hilang bau cili mentah tadi.
-Bila lada tadi dah benar2 garing masukkan sedikit air, tomato puree, lada hiris dan sedikit air... biarkan mendidih seketika.....
-masukkan ayam dan rasa garam dan gula.
-hias & hidangkan

Monday, July 7, 2008

Ayam goreng sodap



Bahan-bahan

1 kilo kepak ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa


Cara-cara

Bersihkan kepak ayam dan toskan
Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

Saturday, June 21, 2008

Ayam goreng


Sori saya lupa plak nak ambil gamba ayam goreng saje...next time saya akan edit kan gamba ayam goreng saje....sori...

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)
Cara-cara:
  1. bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. rendam ayam dgn susu >< 1/2 jam dan setelah itu sejatkan ayam tadi
  3. masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam besen/beg plastik. klu guna beg tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  4. campurkan susu (rendaman ayam) dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  5. ambik 2~3 ketul ayam. Celup ayam ke dalam sebatian telur dan susu.
  6. masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi.
  7. goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  8. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
***Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace