Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, March 12, 2009

Mee Kari

Bahan-bahan

udang 1/2 kg
mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah 6 ulas*
bawang putih 3 ulas*
halia 1/2 inci*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh
daun kari 1 tangkai
tahu kering (yg macam dlm pic tu)
udang kering sikit*
pati santan (dlm tin) @ ikut suka pekat mana
Bahan hiasan/ulam: telor rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api


Cara-cara

-tumbuk/blender bahan yg bertanda *
-gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
-bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
-panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
-masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
-bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, dan garam secukup rasa . --garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
-bila mendidih sekali masukkan tauhu kering,fish cake, & fish ball yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
-masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Friday, February 20, 2009

Meehoon Soup

Bahan-bahan

1 bj Bawang Besar,
2 ulas Bawang Putih,
1/2 inci Halia ditumbuk lumat.
2 dada Ayam & 1 bahagian tulang dipotong kecil2
Carrot(dipotong ikut suka)
Daun Sup/daun bawang(hiris halus)
1 sk Rempah Sup Ayam Adabi
1 inci kulit kayu manis,
1 bj bunga lawang,
2 bj buah pelaga
2 bj bunga cengkih.
1 kiub Ayam & sedikit Serbuk Lada Putih
MeeHoon/Mee Kuning
Sedikit Minyak Sayur & Minyak Bijan
4 cawan Air(jika kurang tambahok)

Cara-cara

-panaskan sedikit minyak sayur.
-masukkan kulit kayu manis,b.lawang,b.pelaga & b.cengkih serta bahan yg ditumbuk lumat & juga rempah sup.Kacau rata & tunggu sehingga sehingga naik bau.
-masukkan air,ayam,kiub ayam & serbuk lada putih.Biar mendidih sehingga ayam masak.
-bila ayam dah masak keluarkan dada ayam sahaja.Masukkan Carrot,secubit garam & sedikit minyak bijan.Biar mendidih sekejap.Tutup api.
-goreng ayam tadi kemudian siat2kan nya.Letak mi yg tlh direbus tadi tuangkan kuah sup & hiaskan dgn ayam yg disiat td,daun sup & bwg goreng.Enak dimakan ketika panas.
-Selamat mencuba.

Sunday, January 4, 2009

MeeHoon Tomyam Pedas

Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
1/4 kg daging (dipotong kecil)
10-15 ekor udang saiz sederhana(dibuang ekor dan kepala)
5 ekor sotong saiz sederhana (potong ikut suka)
3 btg serai (diketuk)
4-6 helai daun limau purut
4 biji tomato saiz sederhana (1 biji dibelah 8)
2 biji bawang besar (1 biji dibelah 8)
4 biji limau nipis (diperah ambil air)
Cili Api (ikut suka, kalau nk pedas letak byk)
1.5 liter air
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

-Kepala dan ekor udang dikisar halus & ditapis ambil air nye.
-Masukkan kesemua bahan2 diatas termasuk kepala dan ekor udang yg telah ditapis kedalam periuk
-Masakkan dengan api sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan sayur campur, biarkan lbh kurang 5 minit angkat dan hidangkan.

Sunday, July 27, 2008

mee hailam



Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )

500 gram mee kuning
2 kpg dada ayam (di potong dadu)
15 ekor udang (sedarhana)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
1 sudu besar cili giling
15 gram udang kering
1 potong kobis
1 cwn taugeh
1 batang lobak merah
1 bungkus 'baby corn'
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
Sos cili dan sos tomato & Kicap
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

-bawang merah,putih & udang kering di blender/di kisar sekali.
-tumis bawang (putih dan merah) yang telah diblender sehingga naik baunya.
-kemudian masukkan ciligiling dan kacau hingga garing.
-masukkan udang dan serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto (optional) serta sedikit gula (secukup rasa).
-masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis. Masukkan pula mee.

-tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
-tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
-akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak.
-Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, cili jeruk,daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis. juga dengan telur ayam...ikut citarasa masing2x

Sunday, June 29, 2008

meehoon goreng

kegemaran anak saya sara juga suami tu yg tak taruh cili walau sebatang....



Bahan-bahan


1 pkt meehoon kering
1 pkt taugeh halus
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 biji telor ayam
1 btg karot/lobak (yg sederhana)
sedikit belacan,sos tomato & sos tiram(agak2x & optional)
10 gram Udang kering (di rendam)


cara-cara


- blender bawang besar,putih,belacan & udang kering
-panaskan minyak dan tumiskan bahan yg telah di mesin tadi sehingga kekuningan
-masukkan sos tiram & sos tamato kacau sekejap dan masukkan carot & juga meehoon yg telah dicelor
-kacau sehingga meehoon tadi sebati dam masukkan telor dan kacau lagi
-setelah sebati/rata masukan taugeh dan angkat.


** sesiapa yg suka makan pedas boleh tambah sendiri cili api/cili kering..***




Monday, June 9, 2008

mee goreng basah


**resepi mee nanti saya coretkan biasa je main campak2 je,
angin malas dah sampai...utk mkn 3 branak je..**






Bahan-bahan :-


1 pkt mee kuning
1 pkt taugeh halus
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 peha ayam(dipotong dadu/kecil2x)
2 biji telor ayam
sedikit belacan,sos cili,sos tomato
udang kering & sos tiram (saya agak-agak je)

Cara-cara:

-blender/tumbuk bawang besar,putih,belacan & udang kering
-tumiskan bahan yg telah dimesinkan tadi sehingga garing
-kemudian masukkan ayam,sos tiram,sos cili & sos tomato
-setelah kering sedikit air ayam tadi baru masukkan mee & taugeh tadi.
-gaulkan sehingga mee dan taugeh sebati ngan kuah tadi dan angkat.

**jgn lama sangat nanti mee kembang & taugeh layu sangat**



my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace