Saturday, August 2, 2008

Sup bebola daging

Resepi bebola daging bagi yg nak try buat sendiri.
Bahan

1 kg daging cincang
250 gram tepung ubi/kanji
1 sdt baking soda
3 biji telor ayam
3 sdm bawang goreng
8 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 sdm sos tiram
2 sdm minyak bijan
2 sdm serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara-cara Membuat:
1. Tumis bawang putih dan daun bawang sampai harum.
2. Satukan bahan2 yg ditumis tadi dgn bahan2 lain yg tertera dan mesin/giling sampai halus.
3. Bulat2kan mengikut size yg sesuai. Didihkan air, mskkan bebola tadi..kalau dah terapung tu dah msklah..

Cara Buat Sup Bebola daging
BHN TUMBUK : Bwg putih Bwg merah Halia Lengkuas Lada hitam Jintan manis, Jintan putih, skit jer… Ketumbar, Kentang/buah tomato – jika mahu Sup bunjut Rempah 4 sekawan (bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga) Daun sup/bwg Bwg goreng & Air - tumis bhn tumbuk hingga wangi - mskkan jintan2 dan ketumbar, kacau…masukkan air - campakkan sup bunjut, bebola daging dan kentang..rasakan garamnya.. - biar mendidih..tutup api, tabur bwg goreng dan daun sup.

p/s – sup ini boleh dibuat bakso, cuma tambahkan 1/2 sk sos cili, sos tomato, sos tiram dan cili kicap semasa nak makan.

No comments:

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace