Monday, July 28, 2008

kuih serimuka


Kuih Serimuka
Sumber Nanasham


Bahan-bahan

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan
(bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)


Cara-cara


Untuk lapisan bawah:-
- Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
- Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
- Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
- Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
- Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
- Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
- Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
- Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
- Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
- Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45 min atau 1jam....



PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...

Sunday, July 27, 2008

mee hailam



Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )

500 gram mee kuning
2 kpg dada ayam (di potong dadu)
15 ekor udang (sedarhana)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
1 sudu besar cili giling
15 gram udang kering
1 potong kobis
1 cwn taugeh
1 batang lobak merah
1 bungkus 'baby corn'
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
Sos cili dan sos tomato & Kicap
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

-bawang merah,putih & udang kering di blender/di kisar sekali.
-tumis bawang (putih dan merah) yang telah diblender sehingga naik baunya.
-kemudian masukkan ciligiling dan kacau hingga garing.
-masukkan udang dan serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto (optional) serta sedikit gula (secukup rasa).
-masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis. Masukkan pula mee.

-tuangkan sos cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.
-tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
-akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak.
-Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, cili jeruk,daun sup dan daun bawang serta hirisan limau nipis. juga dengan telur ayam...ikut citarasa masing2x

Friday, July 25, 2008

gulai lemak mackerel rebus


Bahan-bahan

Ikan mackerel – potong dan direbus
rebus bersama Asam keping sehingga kering air nya.

Bahan tumbuk
Cili padi
Bwg merah
Kunyit hidup
Tamato
Bendir/Okra
Serai-titik
Santan cair & Santan pekat


Cara-cara

-Macam biasa kita masak lemak cilipadi tu...
-Masukkan kesemua bahan didalam periuk dan didihkan hingga masak.
-Last sekali masukkan santan pekat…jangan sampai naik minyak

Oren Cheese cake



Bahan-bahan ( 1 biji Kek )

6 biji telor ayam (gred B)
125 gram gula halus
62 gram margerine
200 gram UHT whipping cream
250 gram keju philadelphia
60 gram tepong jagong
1/2 biji air perahan oren
1/4 tbsp zest parutan kulit oren
secubit garam
vanilla sponge cake (utk dibuat lapisan bawah)

Cara-cara

-masukkan margerine,gula & keju dan pukul sehingga kembang,
-kemudian masukkan telor kuning satu persatu & kacau sehingga sebati,
masukan UHT whipping cream,air perahan dan zest oren tadi dan kacau sehingga sebati -Akhir sekali campurkan tepong jagong dan secubit garam dan gaulkan sehingga sebati & ketepikan
-putih telor tadi di pukul bersama sedikit gula sehingga kembang dan menjadi merangue(keras)
-Masukkan putih telor tadi dengan keju tadi dgn mengunakan mesin
-kemudian masukan adunan tadi kedlm acuan yg telah dilapiskan dgn sponge cake. & masukan kedlm Oven dan bakar dlm suhu ketuhar 175-180C & lebih kurang 45 min / sehingga masak.
-lapiskan dgn dulang berisi air agar lapisan spange tadi tidak hangus(kerana sponge cake tadi sudah masak) (spt guna double boiler)

Thursday, July 24, 2008

Jelly strawberry & laici kukus


Bahan-bahan ( 10 orang )

1 tin susu cair
1 tin laici (toskan dan simpan sirapnya)
4 biji telur ayam
4 keping roti (Gardenia, High 5, etc)
1 kotak jeli kristal strawberi / raspberi
400ml air (untuk menyediakan jeli)
1 sudu besar gula pasir


Cara-cara


-Kisar roti, susu cair, sirap laici, gula pasir dan telur sehingga hancur.
-Potong buah laici mengikut saiz kesukaan anda dan ketepikan.
-Tuangkan adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai masak. Keluarkan dan sejukkan.
-Panaskan air dan masukkan serbuk jeli kristal (tambah 2-3 sudu besar gula pasir kalau suka manis). Kacau sampai larut.
-Susun buah laici di atas adunan kukus tadi.


-Tuang jeli kristal yang telah di masak tadi ke atas adunan.
-Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Saturday, July 19, 2008

puding jagung


Puding Jagung
Sumber mama

Bahan-bahan

300 ml air
150 gm tepung kastad
6 sdm gula (ikut manis masing2x)
3/4 tin susu cair
1/2 tin jagung manis
sedikit pewarna kuning


Cara-cara

-campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu, air dan pewarna,
(klu nak sedap lagi blend sikit jagung manis tu...baru terasa jagung dia)
-kacau sehingga pekat dan berkilat dengan api yang sederhana sehingga sebati.
-angkat dan sejukkan di dalam acuan sebelum dipotong

-makan sejuk2x memang sedap...

Saturday, July 12, 2008

kek kukus buah2an



Kek Kukus
Sumber Mat Gebu
(sori mat....resepi sudah diubah & ditambah sedikit,ikut citer rasa sendiri)
Bahan-bahan
375 gram buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
250 gram
mentega
3 biji telur Gred A
300 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
150 gram gula perang (gula halus pun ok)
150 gram gula pasir ( untuk buat gula hangus)
1 biji buah pala, diparut
30 gram badam keping
30 gram chop walnut
Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)
Cara-cara

-Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa yg sama juga, jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
-Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim/kembang.
-Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
-Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
-Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
-Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
-Lenser tin kek/bekas kaca inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
-Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( saya terlupa nak hias ceri atas permukaan adunan hehehe.....)
-Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
-Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek.

-Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
1) gula hangus tanpa air - 2) mixfruits di gaul dgn tepung



3) mixfruits di+ dgn gula hangus - 4) adunan dlm bekas di tutup dgn aluminium foil

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace