Tuesday, July 8, 2008

agar-agar santan



bahan-bahan


125 gram Agar-agar (satu peket)
6 cawan (mug) Air penuhkan 3/4 periuk (periuk yg saiz 'sedang')
Gula pasir secukup manis/rasa
Daun pandan sehelai dua
2 biji telur ayam
2 cawan santan pekat
Sedikit pewarna hijau (yg ada perisa pandan)

Cara-cara

-basuh agar2 dan masukkan dlm periuk yg diletak air 3/4 penuh.
-masukkan juga gula pasir, daun pandan dan pewarna hijau ke dalam periuk dan
-biar mengelegak sampai agar2 hancur lebur
-di satu mangkuk yg lain. Masukkan santan dan telur. Satukan hingga sebati.
-apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur lebur, masukkan campuran santan dan telur tadi.
-biarkan bhn menggelegak sekali sahaja, kacau dan tutup api.
-masukkan dlm bekas yg disukai loyang... biarkan sejuk

-siap... boleh dimakan.

Patin asam tempoyak




Saya kat cni memang susah nak dpt ikan patin so kebetulan pergi kedai ade plak tu yg lepas gian tu...ada plak tempoyak simpan dlm Freezer balik dr mesia ari tu...masa ambik gamba ni terlupa plak nak letak daun kesom...tu yg gondol je tu...

Bahan-bahan

Satu paket ikan patin
2 ulas kunyit hidup
6 biji bawang kecil
15 biji cili api
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
2 ikat daun kesum (secekak)
2 kuntum bunga kantan (tak de stok)
3 kpg asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara-cara

-ikan disiang dan diperapkan dengan limau nipis utk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam
-kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi
-masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, -letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan,
-masukkan bunga kantan, dan daun kesum tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin,
-kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

Cadangan Hidangan: sedap dimakan semasa panas dengan nasi putih, amat menyelerakan. selamat mencuba

sambal ayam goreng



Bahan2 kisar

2 gengam lada kering
8 ulas bawang putih (mmg suka lebihkan sedikit bawang putih)
2 biji bawang besar
sedikit halia

Bahan2 lain

2 biji bawang besar - hiris bulat2
1/2 cwn air
2 sdm tomato puree
garam
gula secukup rasa

Cara-cara

-Panaskan minyak dan gorengkan ayam tadi hingga 1/2 masak.
-Angkat dan ketepikan Gunakan minyak tadi (kerana all the juices dari ayam tadi yg tambah sedap sambal tu nanti) dan tambah minyak jika perlu,
-tumiskan bahan2 kisar di atas api yg sederhana hingga benar2 hilang bau cili mentah tadi.
-Bila lada tadi dah benar2 garing masukkan sedikit air, tomato puree, lada hiris dan sedikit air... biarkan mendidih seketika.....
-masukkan ayam dan rasa garam dan gula.
-hias & hidangkan

kuih kole kacang


Kuih Kole Kacang
Sumber Che'Iza

Bahan-bahan

** 1 cwn santan pekat
* 1 cawan gula merah
* 2 sb gula pasir
* 1 cwn air
* beberapa helai daun pandan disimpul
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam


Cara-cara

-Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
-Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
-Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
-Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti.

-Masak hingga pekat, mcm kita kacau dodol...,tuang adunan dlm bekas atau loyang.
-Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...



Monday, July 7, 2008

Ayam goreng sodap



Bahan-bahan

1 kilo kepak ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa


Cara-cara

Bersihkan kepak ayam dan toskan
Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

Friday, July 4, 2008

tembikai/watermelon smootie




Bahan-bahan ( 4-5 orang )

600g tembikai
250ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula(tambah klu suka manis)
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
Daun pudina utk hiasan (optional)

sedikit pewarna merah(optional)


Cara-cara

-Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya.
-Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam. Kalau nak lagi sedappp...klu malas tak payah frozen...
-Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
-Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, dan juga daun pudina.

-Sedia utk diminum
-minuman kegemaran masa summer...
-klu guna susu pekat lagi sedap kot...next time nak try lak..he..he..

bingka ubi

Bingka Ubi...kuih tradisional....makanan kita...sedappp


bahan-bahan


2 kg ubi kayu,di kupas,diparut & disejat
300 gram gula pasir
1/2 tbsp teh garam
2 biji telor
500 ml santan (saya guna dlm tin)
sedikit pewarna kuning..(optional)

cara-cara




-masukan ubikayu parut di dlm mangkuk.
-kemudian masukan gula pasir bersama garam,pewarna kuning & telor.
-kacau sehingga sebati,,masukkan santan,kacau sehingga sebati & tidak berketul-ketul.
-lengserkan sedikit minyak masak pd loyang bakar & tuang bancuhan kedlmnya.
-bakar ia pd suhu 300'c, 30 minit atau sehingga permukaannya kekuningan.
-biar ia sejuk sebelum dipotong.
-saya tidak menggunakan pewarna kuning...

## saya cuma gula merah & ubi tu saya tak parut tapi saya sagat...tu yg nampak kasar...##

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace