Sunday, April 12, 2009

Kuih Kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Cara-cara
- satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
- satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
- satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
- Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. - - angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel.

Monday, April 6, 2009

Ayam Paprik

Bahan-bahan

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
3-4 helai daun limau purut

2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa


Cara-cara


- panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
- masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
- masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
- bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Saturday, April 4, 2009

Blueberry Muffin

Bahan-bahan ( Hasilkan lebih kurang 24 biji )

170 g mentega
160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum
20 g baking powder
1 camca teh esen vanilla
Blueberry filling secukupnya
Badam keping untuk hiasan (jika suka)
Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)


Cara-cara

- pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
- gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
- sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
- bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
- keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga..... sesuai untuk minum petang.

Apam Balik


Bahan-bahan ( 5 org )

2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder
Filling:
1 tin jagung krim -for homemade cream corn refer to *** below
1 cawan kacang tumbuk
1 cawan gula
sedikit mentega

Cara-cara

- # Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. # Pukul lagi hingga sebati.
- masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. perap 1 hr.
- panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan.
- tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup).
- apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega
- tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. sapu sedikit mentega.

***homemade cream corn:
1 tin sweet corn + 1/2 cup freshmilk + 2 tbs gula+ 1 biji kuning telur + 2 tbs tepung kastard.
* masukkan semua bahan dalam periuk, masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender.

Monday, March 23, 2009

MOIST CHOCOLATE CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung kek/tepung gandum
*1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko
*1/2 camca teh nescafe
*1/4 cawan gula halus
*1/2 cawan air panas
*1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

-panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
-pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
-perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
-tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...

UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Thursday, March 12, 2009

Mee Kari

Bahan-bahan

udang 1/2 kg
mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah 6 ulas*
bawang putih 3 ulas*
halia 1/2 inci*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh
daun kari 1 tangkai
tahu kering (yg macam dlm pic tu)
udang kering sikit*
pati santan (dlm tin) @ ikut suka pekat mana
Bahan hiasan/ulam: telor rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api


Cara-cara

-tumbuk/blender bahan yg bertanda *
-gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
-bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
-panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
-masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
-bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, dan garam secukup rasa . --garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
-bila mendidih sekali masukkan tauhu kering,fish cake, & fish ball yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
-masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Japanese Cheese Cake

Bahan-bahan

200g krim keju (suhu bilik)
50ml susu segar
3 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
100g gula kastor
30g tepung jagung
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil cream of tartar
*** LEMON CHEESE FROSTING
***
125g krim keju
30g gula kastor
50g fresh cream
2 sudu besar jus lemon


Cara-cara

-panaskan ketuhar pada 175C. Griskan loyang 18cm dengan kertas minyak.
-pukul krim keju di dalam mangkuk. Masukkan susu dan terus memukul dengan kelajuan sederhana.
-masukan 50g gula, kuning telur, tepung jagung, jus lemon dan cream of tartar. Kacau sebati.
-pukul putih telur hingga kembang dan ringan. Masukkan baki 50g gula, sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga kembang.
-kaup balikkan separuh adunan putih telur ke dalam bancuhan krim keju. Kaup balikkan baki putih telur ke dalam adunan.
-bakar dengan kaedah Bain Marie selama 45 minit.
-bila dah masak,tutup api oven,biarkan di dalam tin pembakar hingga sejuk. Bila dah betul2 sejuk, bolehlah keluarkan dan hias dgn lemon cheese frosting.
*** Utk lemon cheese frosting, pukul semua bahan dengan mixer hingga gebu dan hiaskan atas kek.***

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace