Sunday, November 2, 2008

Karipap Pusing

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
*Doh berminyak* :
150 gm (margerin +
crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum

*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )


Cara-cara

Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).

Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

Sunday, October 26, 2008

Karipap Udang

Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
250g tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak ( panaskan )
garam skit
air
INTI
10 biji kentang
2 sudu besar kari ayam/daging
1 1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
garam
air


Cara-cara

- Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung n marjerin.Gaul rata..Masukkan minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
- Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
- Hiris/potong bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata.

- Kemudian masukkan kentang,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan air kering sedikit kemudian masukkan udang & biarkan sehingga kering.
- Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim.

- Goreng dengan api yang sederhana.

Pandan Chiffon cake

Bahan-bahan ( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )
Bahan A:-
6 kuning telur (gred A)
150 g gula halus
100 ml pati santan
100 ml minyak jagung/masak
70 ml air
225 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
1 camca teh perisa pandan+pewarna hijau
Secubit garam
Bahan B:-
6 putih telur (gred A)
135 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara
- Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
- Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
- Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
- Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
- Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
- Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan
.

Monday, October 20, 2008

Vadey


Bahan-bahan
250 g kacang dhal
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun kari, dilurut dan dicuci
1 camca teh jintan manis, cuci dan toskan
1/2 camca teh garam
2 tangkai cili kering, buang biji, hiris halus, cuci dan toskan
1 biji cili hijau, hiris halus

Cara-cara:

- cuci kacang dhal dan rendam 4 jam. Sementara itu, potong dadu bawang besar dan satukan bersama daun kari, jintan manis, cili kering, cili hijau dalam satu bekas. Gaul rata.
- toskan kacang dhal, kisar hingga hancur (tapi jangan terlalu lumat, saya guna food processor), dan masukkan ke dalam bekas tadi bersama garam. Gaul hingga sebati.
- lumur tapak tangan dengan sedikit minyak masak, ambil sdikit adunan, bulat2kan dan leperkan seperti begedel. Letak atas plastik yang telah disapu minyak. Buat hingga siap.
- goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
- boleh dihidangkan untuk minum petang...memang yummy...

Saturday, October 18, 2008

Topping 4 Cake Deco.


Italian icing:

Bahan-bahan:
334ml putih telur
500gm caster sugar
1kg butter

Cara-cara:

- masukkan putih telur + gula . masak dlm double boiler- suam2 kuku. kalau panas sgt telur masak nanti.
- sambil dikacau hinggga gula hancur dah pekat.
- sejukkan sekejap. sementara tu,
- pukul butter 5 min, masukkan campuran telur+gula, pukul lagi hingga gebu


Ganache:

Bahan-bahan:
175ml double cream
225g plain choc-chopped
25g butter

Cara-cara:

- panaskan cream hinga sekali mendidih . alihkan dari stove.
- masukkan choc. kacau hingga choc cair.
- masukkan butter. kacau lagi hinga hampir pekat.
- curah atas cake

Chocolate Fudge Cake

Bahan-bahan:

225 gram Butter
512 gram gula halus
4 nos Telor
200 gram Dark Couverture
400 gram Tepung/Flour
100 gram Cocoa Powder
10 gram Baking Soda
500 ml Fresh milk/Susu Segar

Bahan-bahan:-

- pukul butter bersama gula sehingga betul-betul kembang.
- setelah adunan tadi kembang masukkan telur satu persatu dan pukul lagi,
- Ayakkan tepung bersama-sama cocoa powder & baking soda, ketepikan.
- masukkan tepung yg telah diayak sekali tadi kedlm adunan tadi dan pukul hingga serata,
- setelah serata,masukkan cocolate Couverture tadi dan masukkan skali susu segar dan kacau sehingga sebati.
- setelah siap masukkan adunan tadi kedlm bekas kek.
- bakar dlm Oven dgn suhu ketuhar 170 C dlm 40-45 min/sehingga masak.
- sejukkan...sebelum di tempek ngan topping yg di ingini.

Kek Buah/Fruit Cake


Sumber Kek dr Joayee
Thanks 4 the receipe...hmmm memang sedapp...

Bahan-bahan:

380g susu pekat manis(saya guna 1 tin terus)
**400gm mixed fruits
**250gm butter
**1 cwn air
2 biji kuning telur
3 cwn tepung gandum (+-380gm)
1 sk baking soda (+-5g)
1/2 cwn orange juice - dari 2/3 biji orange

Cara-cara:

- masukkan bahan ** dalam periuk, masak atas api sederhana,sambil dikacau. hingga butter & susu larut. alihkan & sejukkan dalam fridge 3-4jam.

- campurkan dengan telur kuning.
- kacau serata ayak tepung dgn baking soda.
- masukkan sedikit2 dalam adunan tadi, masukkan orange juice. kacau serata mengunakan spatula.
- panaskan oven 170degC. alas dan grease 8x8" pan.

- bakar lebih kurang 1jam . jgn overcook. nanti kering.
- lagi lama simpan lagi sedap.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace