Wednesday, December 31, 2008

HAPPY NEW YEAR 2009

Salam semua kengkawan,Sempena Akhir Tahun 2008 nie...Intan ingin mengucapkan kepada smua Kengkawan "SELAMAT TAHUN BARU 2009". Semuga Semua kengkawan dapat mencapai segala hajat & cita2 juga azam baru untuk tahun lama (08) juga baru (09)...
SELAMAT TINGGAL 2008....

Monday, December 22, 2008

Kek Lapis Asam Manis Bakar

Atas permintaan maka Intan wat skali lagi Kek Lapis nie...walaupun tak berapa pandai wat juga...hehehe Alhamdulillah smua menjadi....

Bahan-bahan ( loyang 10x7x3 )
Bahan A

500g mentega
3sdm susu pekat manis
1sdm esen vanilla
Bahan B
250g gula kastor
150g tepong self rising flour
20biji kuning telur - grade A
5biji putih telur
50ml air sejuk dri peti ais
1sdm ovalette
secukup asam manis ( haw flakes )

Cara-cara

- pukul bahan A hingga kembang dn putih ketepikn dulu.
- pukul bahan B kecuali asam manis, pukul hingga putih dn kembang, masukn bahan A, kacau rata.
- alaskan loyang dgn kertas, sapukn mentega datasnya
- panaskan oven 200 darjah C, setiap lapis 2 senduk besar, bakar selama 5-7minit.
- setiap 2 lapis susunkn asam manis, buat hingga abis .
- lapis yg pertama guna api atas dn bwh, lapis ke 2 dn seterusnya guna api grill.

Kerabu Perut

Bahan-bahan

Perut
Santan
Taugeh
Daun Kesom
Isi Ikan Kembong
Garam
Limau Nipis
Bawang Hiris
Cili Api DiHiris
Cara-cara

- rebus perut tadi sehingga empuk/lembut dan hiris halus2/kecil2 agar mudah dikunyah
- masukkan perut tadi ke dalam bowl
- dan jgn lupa bakar Ikan tadi dan ambil isi nyer shj. & tumbuk isi ikan tadi hingga lumat.
- gaulkan bersama santan tadi dgn sedikit garam
- sementara itu Taugeh tadi Dcelur sekejap dan toskan
- campurkan Taugeh tadi ke dlm bowl dan perahkan asam limau
- campurkan cili apai ikut kepedasan dan rasa ikut citerasa masing2
- cukup masam,masin & lemak juga pedas siap utj Dmakan...

Note; Smua nyer saya agak2 sahaja ikut naluri masing2....janji sedap rasa nyer..hehehe


Wednesday, December 17, 2008

Roti Nasi inti kacang merah

Bahan-bahan

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam

Cara-cara

  • Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  • kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  • masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  • rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  • kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  • letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan
  • setelah itu bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
  • keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  • sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa.
  • Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.

Pizza

Bahan-bahan

175 gram tepung*
1 sudu kecil garam*
1 sudu kecil yeast*
1/2 sudu kecil gula*
1 sudu besar olive oil
120 ml air suam

Cara-cara

- masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul sama rata.Masukkan pula olive oil dan air suam. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit.Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.
Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.
Panaskan oven sehingga 200C & bakar selama 10-15 minit.Kemudian letaklah topping pada pizza ikut kesukaan masing2.


Nasi Impit Goreng

Bahan-bahan

1 biji Bawang Besar
4 tangkai Lada Kering
4 Ulas Bawang Putih
100 gram Udang kering
300 gram Daging Cincang
3 sudu besar Sos Tiram
3 sudu besar kicap manis
garam (tambah klu tak masin)

Cara-cara
  • Kisarkan Bawang Besar,putih, Lada kering & udang kering sehingga lumat.
  • Basuh & toskan daging cincang tadi dan ketepikan
  • Masukan sedikit minyak & tumiskan bahan2 yg Dkisar tadi sehingga garing
  • kemudian masukan daging cincang tadi dan masukkan skali Sostiram juga kicap manis
  • sesudah kering sedikit baru masukkan Nasi Impit tadi dan gaul rata.
  • rasa & tambah garam ikut citerasa msing2.

Thursday, December 11, 2008

Pulut panggang

Bahan-bahan

4 cawan beras pulut
4 cawan santan
garam secukup masin
serunding daging & ikan secukupnya
daun pisang secukupnya

Cara-cara
  • cuci beras pulut dengan air paip / suam
  • masukkan santan & garam
  • tutup dan masukkan dalam kukusan atau kacau setiap 10 mins supaya pulut masak rata
  • bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudian potong panjang 10inci dan lebar 5inci.
  • Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit minyak di atasnya
  • ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  • ambil 1-2 sudu makan serunding daging/ikan dan letak di tengah2 pulut tadi
    tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  • gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya atau staplerkan hujungnya.
  • letak atas api dan balik2kan hingga garing
  • makan masa panas-panas... best!

Saturday, December 6, 2008

Pau Goreng

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
120 g gula halus
1 sk rata garam halus
140 ml minyak sayur/makan
5 sk rata instant yeast * (cth - Mauripan dll.)
450 ml air paip *
(satukan bahan *)

Cara-cara
  • Masukkan tepung, gula dan garam ke dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan minyak sedikit2 dan gaul lagi hingga rata.
  • Akhir sekali masukkan air yeast sedikit2 dan uli hingga lembut dan tk melekit. Jika masih melekit, tambah sedikit tepung.
  • Doh yg sudah siap diuli, tidak perlu diperap. Boleh segera di buat pau.
  • Bulat2kan doh dan isi inti kesukaan masing2.
  • Inti pau pilihan seperti sambal tumis, kacang merah, kaya, kelapa manis, choc. dan lain2.

Thursday, December 4, 2008

Claypot Bean Curd with Mushrooms

Ingredients;-
90 gram Prawns (shrimps)
1/4 tsp Salt
1/4 tsp Sugar
1/4 tsp Ground white papper
1/2 tsp Cooking oil
1 tbsp Chinece rice wine (just use white vinegar)
3/4 rinsed & sliced Fresh shiitake mushrooms
300 gram Silken soft bean curd (taufu)
1 1/2 tbsp Potato flour
2 nos Egg white lightly beaten with 1 tbsp water
1/2 tbsp Shallot oil
a dash Spring onion (scallion)
Stock
625 ml Fresh chicken stock
1 tsp Salt
1 dsp Light soy sauce
1/4 tsp Ground papper
Method:-

  • season prawns with salt,sugar & papper.
  • combine stock ingredients in a bowl.
  • heat oil in medium-sized claypot and add vinegar & stock. bring to the boil and stir in mushrooms,prawns and bean curd cubes.
  • allow sauce to come to the boil again,then thicken with potato flour mixture.
  • gradually stir in beaten egg white and water mixture,then shallot oil.
  • serve with dash of lime juice and garnish with chopped spring onion.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace