Monday, February 6, 2012

Choco Cheese Marble Cupcake

Lihat ler si haikal dah tak sabar nak makan cup-cakes....

Bahan A
250 gram mentega
250 gram gula kaster
6 biji telur
300 ml susu segar
60 gram serbuk koko, diayak
360 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Kemudian masukkan susu segar. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.

3. Masukan dalam plastik dan potong hujungnya. Pipekan sedikit Bahan A dalam setiap cup. Kemudian pipekan sedikit Bahan B. Pipekan semula bahan A. Dan baki bahan B diletakan sedikit di atas kek sebagai hiasan.

4. Bakar di oven 180 deg C - selama 25 -30 mins. Terus dihidang. Boleh dimakan panas-panas.

**Resepi asal Intan ambil dari Dapur Kak Mai. Maaf yea saya copypaste Dcni.

No comments:

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace