Sunday, January 25, 2009

Ikan Sardin masak Kicap

Bahan-bahan

1 tin besar ikan sardin (Ayam brand)
* 5 ulas bawang merah kecil - hiris nipis
* 3 ulas bawang putih - hiris nipis
7 batang cili Padi - hiris/Dbelah dua
1 labu bawang besar - hiris kasar
* 1 sudu besar cili giling (terpulang nk letak atau tak. kalau nk pedas, tambah cilinye)
6 sdb kicap manis
Garam secukupnya

Cara-cara

- asingkan ikan sardin dari sos tomato(jgn buang sos). Gorengkan ikan tadi dalam minyak sehingga garing kulitnya. (gunakan minyak gorengan tadi utk kuah pula)
- tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau.
- masukkan sos tomato, kicap & sedikit air (mengikut kepekatan masing2). Kacau dan renehkan selama 5 minit.
- masukkan pula bawang merah besar dan cili merah. Renehkan selama 3 minit perasakan dengan garam secukupnye.
- akhir sekali, letakkan ikan sardin yang telah digoreng dan renehkan selama 2 minit.
- hidang panas dengan nasi putih... sedapppp....

Paru goreng sambal

Bahan-bahan

1/2kg paru rebus
**cili kering dalam satu genggam buang biji jika tak mahu pedas
**bawang besar 1 ulas
**bawang putih 3 biji
**belachan sedikit sahaja
3 biji Kentang(dihiris)

gula melaka/gula biasa mengikut citarasa msg2
garam secukup rasa.
minyak untuk menumis.


Cara-cara

- blender bhn2 yg bertanda**, jgn lupe cili kering tu di rebus dahulu jadi senang nak kisar.
- jgn lupa kentang tadi digoreng dulu dan ketepikan.

- goreng paru rebus bila paru itu garing di bahagian luarnye angkat dan tepikan.
- minyak tumis jika ada lebihan jangan di buang boleh di gunakan untuk menumis sambal nya .kalau minyak tumis tu kurang tambah sedikit.
- tumis sambal sampai garing dan naik minyak.
- masukkan gula melaka/gula biasa serta garam secukup rasa
- dan akhir sekali paru yang di goreng gaul sebati dengan sambal,masak dengan sambal hingga agak kering.

Masal Lemak Ikan Masin + Rebung

Bahan-bahan :

500gm Rebung (kalau suka byk tambah, kalau tak suka kurangkan)
20 ulas Cili api (ditumbuk lumat)
3 ekor ikan masin Duri
Perahan Santan dr satu biji kelapa
1/2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat bersama cili api
1 kpg Asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara :

- Cuci ikan masin.....kemudian toskan.
- Cucikan rebung, toskan. kemudian letakkan di dalam periuk.
- Letakkan cili api yg telah ditumbuk lumat bersama kunyit tadi serta santan. Gaul rata semua bahan bahan tadi.
- Masakkan bahan bahan tadi dengan api yang sederhana supaya tidak pecah minyak, kacau selalu.
- Bila sudah mendidih, masukkan udang. Masak hingga udang tadi masak. Tetapi jgn terlalu lama.
- Rasakan garam dulu kalau tak masin tambah(ikan masin dah masin).
- Hidangkan ketika panas2.....berasap bila makan weh...

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus nie jugak Versi yg ke-2, Lama jugak Intan tak wat so kali nie teringin plak so wat jugak ler...Klu nak tengok resepi nyer lihat Dbawah...:-
BAHAN

1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega
* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi ... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
4 bijik telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

Cara-cara

-pukul telor sampai kembang & pekat.
-masukkan susu pekat
-mixer hingga rata
-masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
-tuang kan esen vanila last sekali, masukkan gula hangus tadi.
- perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
-dibakar selama 60 minit suhu oven 160 .

Kek Buah2an

Kek buah2an nie versi tg ke2 kot...Intan memang suka wat kek nie bkn aper memang sedap...klu nak tgk resepi nyer spt Dbawah...:-
Bahan-bahan:

380g susu pekat manis(saya guna 1 tin terus)
**400gm mixed fruits
**250gm butter
**1 cwn air
2 biji kuning telur
3 cwn tepung gandum (+-380gm)
1 sk baking soda (+-5g)
1/2 cwn orange juice - dari 2/3 biji orange

Cara-cara:

- masukkan bahan ** dalam periuk, masak atas api sederhana,sambil dikacau. hingga butter & susu larut. alihkan & sejukkan dalam fridge 3-4jam. (Klu nak lagi sedap biarkan semlman biar smua buah2an campuran sebati ngan susu tadi.)
- campurkan dengan telur kuning.
- kacau serata ayak tepung dgn baking soda.
- masukkan sedikit2 dalam adunan tadi, masukkan orange juice. kacau serata mengunakan spatula.
- panaskan oven 170degC. alas dan grease 8x8" pan.
- bakar lebih kurang 1jam . jgn overcook. nanti kering.
- lagi lama simpan lagi sedap.

Friday, January 16, 2009

Nasi Ayam Madu

Bahan-bahan
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun


Cara-cara

-Bersih ayam. Potong ikut suka (Intan guna bhgian peha)
-Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
-Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
-Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi.
-Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
-Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap.
-Goreng dengan minyak penuh atau bakar ayam tu dlm Oven guna Grill....hmm ikut suke...
**Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.

Thursday, January 15, 2009

Homemade Ice-cream

Rasa nyer ini kali kedua saya wat Ice-cream nie...hehehe jadik kegemaran anak2 saya juga kengkawan saya walaupun dewasa,selera tu tak kemana....rase nyer smua warganegara Mesia sudah tahu cara membuat nyer....so saya tunjuk gamba jer la yea....
(Saya wat 4 rase...Perasa Oren,Sarsi,Kacang Hijau & Asam Boi Merah)

Sunday, January 4, 2009

MeeHoon Tomyam Pedas

Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
1/4 kg daging (dipotong kecil)
10-15 ekor udang saiz sederhana(dibuang ekor dan kepala)
5 ekor sotong saiz sederhana (potong ikut suka)
3 btg serai (diketuk)
4-6 helai daun limau purut
4 biji tomato saiz sederhana (1 biji dibelah 8)
2 biji bawang besar (1 biji dibelah 8)
4 biji limau nipis (diperah ambil air)
Cili Api (ikut suka, kalau nk pedas letak byk)
1.5 liter air
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

-Kepala dan ekor udang dikisar halus & ditapis ambil air nye.
-Masukkan kesemua bahan2 diatas termasuk kepala dan ekor udang yg telah ditapis kedalam periuk
-Masakkan dengan api sederhana sehingga mendidih, kemudian masukkan sayur campur, biarkan lbh kurang 5 minit angkat dan hidangkan.

Oren Chiffon Cake

Bahan-bahan
Bahan A:
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan dari ½ biji kelapa
½ sudu teh garam
1 cawan gula pasir

1 biji Jus Oren (1/2 biji hirisan kulit oren)
pewarna Oren-banyak mane ikut suke
2 cawan tepung diayak bersama 2 sudu teh baking powder
Bahan B:
6 biji putih telur
2/3 cawan gula pasir
1 penutup cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):
-Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. (tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
-Masukkan pewarna hijau, minyak & santan. Kacau.
-Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder)
-Ketepikan
Bahan (B):

-Pukul putih telur sehingga menjadi buih sabun.
-Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
-Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
-Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan bakar.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace