Sunday, May 10, 2009

Kuih Tiram/Lidah Kucing

Bahan-bahan

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara

- satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
- satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
- uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai.

**note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
- sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
- gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
- goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.


2 comments:

MamaFaMi said...

Mama panggil lidah buaya... tak kisahlah nama apa pun, janji sedap!

SaraLily said...

rasa nyer masa kecik2 dulu famous ngan nama lidah buaya kan mamafaMi...

my princesses