Sunday, June 29, 2008

Cheese cake

## terlupa pulak nak ambik gamba yg sudah decorate....tak pe la next time..he..he..##

Bahan-bahan

6 biji kuning telor
6 biji putih telor
125 gram gula halus
62 gram margerine
1/4 tbsp parutan/zest kulit limau
30 gram UHT whipping cream
250 gram Keju/cheese philadelphia
60 gram tepong jagong
1/2 biji perahan limau
secubit garam
Sponge kek(sbgai lapisan bawah kek)

cara-cara

-masukkan margerine,gula & keju,pukul hingga kembang
-kemudian masukkan kuning telor satu persatu & kacau sehingga sebati
-masukan UHT whip cream, parutan kulit limau & air perahan limau dan kacau sehingga sebati
-Akhir sekali masukan tepong jagong dan gaulkan sehingga sebati

--Putih telor tadi di pukul dgn sedikit gula hingga kembang menjadi merangue
- dan gaulkan sekali dgn keju tadi dgn menggunakan mesin & tuangkan kedlm acuan.
-Acuan tadi telah di taruh kek sponge sebagai lapisan bawah,
- masukkan ke dlm oven dan juga lapikkan dgn dulang yg berisi air agar lapisan sponge kek tadi tidak hangus
-dgn suhu ketuhar 350-375f selama 45 minit
.




Adunan selepas di campur putih telor / spt double boiler dlm oven

Kek bananacarot



Ingredients:-

3 cups plain flour
2 cups sugar
4 nos egg
1 cup sunflower oil
1 tbsp baking soda
2 large banana (mashed)
2 small carot(grated)
methods
-All in methods - put all the ingredients in one bowl and whip/machine.
-place aluminium foil in the mold and spread small amount of flour.
-heat the oven 170c for about 45 min without opening.
***also you can put in papercup like the pic. above***
this picture the things I use like..cup,banana & carot...

meehoon goreng

kegemaran anak saya sara juga suami tu yg tak taruh cili walau sebatang....



Bahan-bahan


1 pkt meehoon kering
1 pkt taugeh halus
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 biji telor ayam
1 btg karot/lobak (yg sederhana)
sedikit belacan,sos tomato & sos tiram(agak2x & optional)
10 gram Udang kering (di rendam)


cara-cara


- blender bawang besar,putih,belacan & udang kering
-panaskan minyak dan tumiskan bahan yg telah di mesin tadi sehingga kekuningan
-masukkan sos tiram & sos tamato kacau sekejap dan masukkan carot & juga meehoon yg telah dicelor
-kacau sehingga meehoon tadi sebati dam masukkan telor dan kacau lagi
-setelah sebati/rata masukan taugeh dan angkat.


** sesiapa yg suka makan pedas boleh tambah sendiri cili api/cili kering..***




kuih lapis

Resepi Kuih Lapis
Sumber JoAyee


Bahan-bahan ( 10 org )

250 gram tepung beras
300 gram gula-bole dikurangkan
200 ml air sejuk
300 ml air panas mendidih
250 ml santan pekat
1 tsp garam
3 tbs tepung ubi- optional (menghasilkan texture yg berkilat)

cara-cara:-

- campurkan tepung beras, tepung ubi, gula, garam, dan kacau

- masukkan air sejuk, kacau hingga sebati, dan masukkan air panas. kacau cepat2.

- masukkan santan. kacau hingga sebati. bahagi 2. satu taruk pewarna merah & satu lagi taruh pewarna hijau ( klu ade flovour sedap gak).

- kukus berselang seli. setiap lapisan mengambil masa 5 min(+-)




perisa pandan / perisa strawberry


*** klu suka pekat santan boleh ditambah dan kurangkan air..ikut suke...***

Saturday, June 21, 2008

Ayam goreng


Sori saya lupa plak nak ambil gamba ayam goreng saje...next time saya akan edit kan gamba ayam goreng saje....sori...

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)
Cara-cara:
  1. bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. rendam ayam dgn susu >< 1/2 jam dan setelah itu sejatkan ayam tadi
  3. masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam besen/beg plastik. klu guna beg tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  4. campurkan susu (rendaman ayam) dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  5. ambik 2~3 ketul ayam. Celup ayam ke dalam sebatian telur dan susu.
  6. masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi.
  7. goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  8. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
***Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

nasi goreng kosong



Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )
  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
  • 1 labu bawang besar
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak utk menggoreng dan nasi
  • sedikit kacang boncis/panjang(dipotong halus)
Cara-cara

  1. Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
  2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
  4. Masukkan nasi juga kacang boncis/panjang tadi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama ayam goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis atau kari kambing. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan.
*** saya tak guna cili api...sbb anak-anak boleh makan***

Watermelon juice



Hmm..inilah minuman kegemaran kami sekeluarga...simple je..

Buah tembikai
sedikit sprite/air soda
susu pekat
Ice cube

- campurkan smua dlm blender dan blender dlm 3 min.
- susu pekat ikut manis kesukaan masing2x. Klu nak taruh gula
pun boleh.
- klu suka boleh juga cincang sedikit tembikai utk di campurkan
kedlm air.

Saturday, June 14, 2008

Apam beras/kampung



Sori apam kali ni tak mau merekah lak...tak pandai jugak mmbuat nye rase dah sodap dah, tapi tak jugak apam tu sonyum...kena wat lagi nie...kot ade sesiape de idea leh gak ajar saye ni..he..he..

Resepi Apam Beras
Sumber : JoAyee


Bahan-bahan:

1 cwn nasi ( gaul dgn 1sudu teh ragi + 1sudu teh gula,
simpan dlm warm place for 48hrs)

2 cwn tpg beras
1 cwn gula
2 cwn air
2 sudu teh Eno/Andrew's liver salt

Cara-cara:

  • masukkan semua bahan kecuali eno dalam blender. blend sampai hancur.
  • simpan dalam bekas tertutup, perap 6 jam di tempat panas.
  • panaskan kukus/steamer. bungkus tutup dgn kain. mengelakkan air menitik atas kuih.
  • bila ready utk di kukus, masukkan eno dalam mixture yg dah di perap tadi, gaul perlahan2.
  • masukkan dalam loyang/paper cup. kukus selama 45 min.

***thanks 4 the tips


Sup ikan talapia



Sup Ikan Talapia Merah
Sumber : maklang

Bahan-bahannya

1 ekor ikan talapia merah
1 batang karot, dikupas kulitnya dan potong ikut suka
1 biji kentang, belah 4
½ biji kobis, dipotong selebar 2 inci } saya tak letak pun...
1 biji tomato, dibelah 2

1 jari kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
4 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka

Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk lada putih

1 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara-caranya

-Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
-Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.

-Masukkan air, karot dan kentang. Bila karot dan kentang sudah sentengah masak masukkan ikan merah, kobis, daun sup dan bawang goreng.
-Bila kuah telah mendidih dan ikan telah masak, masukkan tomato, padamkan api dan tutup periuk. Sedia untuk dihidang


thanks maklang....saya ubahsuai sikit....


Apam marble kukus

Apam lagiii...bkn ape slalu wat tak jadi....bantat je tak naik..so de resepi nie try je la..alhamdulillah menjadi plak....sodappp...tapi tersilap color nak ambik mera terambik lak oren..ha..haa jadik gak..

Bahan-bahan

250 g tepung berserbuk penaik
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A(guna saiz biasa je)
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat
Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya
Gunakan btg senduk kayu, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus selama 45minit.Angkat dan keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk baru la di potong..hmmm sodapp tu.

Nota : cantik dan comel lagi kalau diletakkan dlm papercup ..takyah nak potong2 lagi...

ref:resepi maklang...thanks a million..he..he..he

nasi goreng belacan


Bahan-bahan ( 5 - 6 org makan )
  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
  • 1 labu bawang besar
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • Untuk daging goreng:
  • 300gm daging - dipotong kecil2
  • 3 sb kicap
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 4 biji telur- 1 bji utk dimasukkan kedalam nasi dan 3 biji lg utk di buat telur dadar
  • daun salad
  • cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
  • sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi
Cara-cara

  1. Daging/Ayam Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging/ayam. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
  2. Dadar telur: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
  3. Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
  5. Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
  6. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan.
***saya tak guna salad tapi guna taugeh dan cili jeruk


Monday, June 9, 2008

talapia masak masam manis


Bahan-bahan ( 4 org )


  • 2 ekor ikan talapia saiz kecik (saya guna sekor je)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 bj lada merah
  • 1" halia
  • 1 btg carrot
  • 4 potong nenas ( dlm tin )
  • 1 bj capsicum hijau
  • 4 btg jagung ( dlm tin )
  • 1 bj bawang besar
  • 5 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • garam dan gula
  • serbuk kunyit
  • 5 sb tepung jagung
  • 2 sb minyak masak
** jagung dan nenas saya tak taruh..nenas saya gantikan dgn asam boi masin **

Cara-cara

  1. Sediakan kuali besar,masukkan 5 cawan minyak masak. Panaskan kuali hingga minyak betul2 panas. Sementara itu sediakan ikan.
  2. Ikan dikelar, dilumur garam & serbuk kunyit. Lumurkan pula dengan tepung jagung hingga menutupi semua ikan. Goreng ikan dgn api besar hingga ikan agak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Carrot dipotong memanjang, capsicum dipotong dadu besar, bwg besar dipotong bulat & tebal, nenas dipotong 6 setiap keping, jagung dipotong serong dan halia dipotong memanjang
  4. Kisar lumat bwg putih,bwg merah & lada merah. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bhn kisar dan halia selama 5minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebentar dan masukkan air. Biar mendidih.
  6. Bila mendidih masukkan gula & garam. Masuk pula carrot,jagung,capsicum,nenas dan bawang besar. Biarkan selama 5minit.
  7. Rasa masam manisnya, bila dah ok padam api dan curahkan sos atas ikan yg dah digoreng tadi.
  8. ** Kuahnya cair sedikit, bila dah bercampur dgn ikan, ia akan pekat dgn sendirinya sbb ikan disalut dgn tepung jagung **

ref : resepi tulip77 thanks

marble choklat cheesecake




Bahan-bahan nye:-

Bahan A

180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B

250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya

-Pukul butter and gula.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji.
-Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
-Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
-Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan.
Kemudian
tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
-Tuangkan baki adunan A.
-Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
-Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

Nota : boleh juga dikukus <>1 jam atau sehingga masak..dan sdp dimakan bila sejuk..

ref: thanks maklang azie

mee goreng basah


**resepi mee nanti saya coretkan biasa je main campak2 je,
angin malas dah sampai...utk mkn 3 branak je..**






Bahan-bahan :-


1 pkt mee kuning
1 pkt taugeh halus
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 peha ayam(dipotong dadu/kecil2x)
2 biji telor ayam
sedikit belacan,sos cili,sos tomato
udang kering & sos tiram (saya agak-agak je)

Cara-cara:

-blender/tumbuk bawang besar,putih,belacan & udang kering
-tumiskan bahan yg telah dimesinkan tadi sehingga garing
-kemudian masukkan ayam,sos tiram,sos cili & sos tomato
-setelah kering sedikit air ayam tadi baru masukkan mee & taugeh tadi.
-gaulkan sehingga mee dan taugeh sebati ngan kuah tadi dan angkat.

**jgn lama sangat nanti mee kembang & taugeh layu sangat**



Thursday, June 5, 2008

Daging masak merah

Bahan-bahan

1/2 kilo daging dipotong nipis & direbus dgn pewarna merah
1 biji bawang besar di mayang
1 cm halia
1 biji cili capsium hijau
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
(klu suka blh lebihkan ikut citerasa)
garam secukup rasa

cara-cara membuat nye;

-tumiskan bawang besar,putih & halia sehingga kekuningan
-masukkan sos-sos tadi & klu kering masukkan sedikit air,jika yg
suka berkuah masukan lebih air tadi
-masukan daging yg telah direbus tadi sehingga sebati
-akhir sekali masukan cili capsium hijau tadi
-hiaskan dgn daun bawang/sup

**utk 2 - 3 org makan

Apam gula hangus kukus

Bahan-bahan;

2 biji telor
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak masak
2 sudu besar margerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cwn tepung gamddum

cara-caranye;

-gula dihanguskan kemudian di campurkan dgn air,
kemudian sejukkan

-masukkan telor,susu,margerin dan minyak kedlm blender & kisarkan
dlm anggaran 3 minit

-masukkan gula yg telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat
dan di kisar lagi

-akhir sekali masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
-kukus adunan didlm loyang/bekas plastik yg telah disapukan dgn
minyak

-kukus selama 45 minit.

thanks receipe from hazz 63

Wednesday, June 4, 2008

Orange butter cake

Ingredients;

3 1/2 cup plain flour
2 cup sugar
4 nos egg
1 cup sunflower oil
1 tbsp baking powder
juice of 1/2 orange
finely grated zest of 1 orange

method;

-Start by cream the sugar & eggs in a mixer bowl
-add sunflower oil and mix well
-combine baking powder with plain flour and gradually add
to creamed mixture.
-last than add the juice & zest orange
*also can make it all in method*
-place aluminium foil and spread small amount of flour
-head oven 170 degree for 45 min w/o opening
**decorate as you like**

Chocolate cake

Bahan-bahan:-
2 biji telor
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang

bahan A;
1 sudu kecil vanilla
1 1/2 cwn susu segar perisa chocolate
1/2 cwn air dgn 2 sudu kecil nescafe

bahan B;
2 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cwn serbuk koko
2 cwn tepung gandum

Topping;
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat
1 sudu besar minyak masak

cara membuatnya:
-Pukul telor hingga kembang
-masukkan gula dan pukul lagi
-kemudian masukkan minyak masak
-ayak semua bahan B & masukkan sedikit demi sedikit kedlm
telor tadi
berselang seli dgn bahan A.
-gaul hingga sebati
-bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam/sehingga masak
* utk topping ; masukkan semua bahan kedlm periuk dgn api kecil,
panaskan sampai nampak dah likat/pekat..
-tuangkan keatas kek yg telah siap tadi.
**decorate sendiri

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace