Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau
Cara-caranya
-Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
-di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat.
-kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
-Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati. 4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C.
(nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.)
TIPS: Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.