Saturday, November 22, 2008

Apam Pisang

Apam Pisang

Bahan-Bahan:

4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara-cara :

- pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata.
- telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
- gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam.
- kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.
- boleh juga masukkan dlm papercup wat rupa die comel2 spt dbwh:-
* nota - klu x suka manis, gula tu guna 3/4 cawan pun dah ok...

Friday, November 21, 2008

Lepat Pisang

Bahan-bahan ( 3 org )

20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
4 biji pisang yg dilenyek halus
70 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
70 gm gula melaka dicincang halus
4 sb pati santan
secubit garam

Cara-cara

- layukan daun pisang dlm air panas selama 30 saat. keringkan.
- pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,tpg jagung,gula,garam dan pati santan.
- kalau adunan lembut,tambah tpg gandum skit. sebaliknya, jika keras tambah pati santan lagi.
- adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
- daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus.
- air dlm pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat.kukus 20 minit.kemudian tambah air dlm pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
- Selamat Menjamu Selera.

Thursday, November 20, 2008

Kuih Pau

Bahan-bahan ( 10 biji )

240 g tepung pau
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara

- dalam satu bekas, masukkan tepung Pau, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
- gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
- masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula.
- adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin).
- perap doh selama 45 minit.
- keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan.
- ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti.
- bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
- buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
- kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

- untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting utk doh. Masukkan kesemua bhn dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.

Saturday, November 15, 2008

Red Bean Paste

Ingredients

450 gram Red beans, washed
3 screwpine (pandan) leaves, shredded & knotted
1 litre Water
3 tbsp cooking oil
550 gram castor sugar

Method

- cook red beans and water in pressure cooker for 35 - 40 minutes, Remove beans.
- heat oil in a wok or deep saucepan and add in the sugar.
- when the sugar has melted a little, pour in blended bean paste
- cook on low heat, stirring constantly until the sugar has dissolved completely.
- keep cooking and stirring the paste until it is thick and dark brown
- and the paste leaves the sides of the pan.
- cool and use the red bean paste as required.

Thursday, November 13, 2008

Apam Gula Melaka

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

125gm gula pasir
125gm gula Melaka - dipotong kecil2
150ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
1 biji telur
100 ml minyak masak


Cara-cara


- sediakan acuan dan panaskan kukusan.
- masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
- ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
- masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
- tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
- tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Friday, November 7, 2008

Ikan Kembong masam manis

Bahan-bahan ( 3-5 orang )
1 ekor ikan kembong/mackerel
4 keping nenas dipotong panjang
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
1 tangkai daun bawang


Cara-cara

- gaulkan ikan tadi dgn tepung kemudian,

- goreng ikan yg telah bersalut tepung hingga garing, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan,
- masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya ,
- kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata,
- biar sehingga masak, padam api dapur ,
- tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun bawang diatasnya. Hidangkan

Sunday, November 2, 2008

Karipap Pusing

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )
*Doh berminyak* :
150 gm (margerin +
crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum

*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )


Cara-cara

Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.

Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).

Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung. Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.

Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

my princesses

Comment Graphics, Graphics Myspace, code for myspace